Jihad menentang dadah musuh nombor satu negara – Ayob Khan

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay 

Apatah lagi kata beliau, Malaysia telah lama mengisytiharkan dadah sebagai musuh nombor satu negara.

“Kita (polis) akan perang habis-habisan mereka ini. Tiada amaran lagi buat mereka. Ini jihad menentang dadah musuh nombor satu negara.

“Cara saya ialah tidak ada lagi amaran dan akan terus ambil tindakan. Kita mahu masyarakat beri kerjasama penuh termasuk kalangan ibu bapa.

“Segera laporkan sekiranya ada anak mereka terlibat dengan dadah untuk tindakan dan rawatan awal sebelum terlambat. Usah tunggu parah,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Beliau berkata, malah Ops Tapis Khas yang dilaksanakan selama tiga hari bermula 21 Januari lalu membabitkan seramai 2,696 pegawai dan anggota tidak akan terhenti di situ sahaja.

Katanya, Ops Tapis Khas seterusnya akan dilaksanakan pada Februari ini dan akan dibuat setiap bulan sebagai usaha mengekang masalah penyalahgunaan dadah.“Operasi ini akan ditambah baik dari masa ke masa termasuklah dari segi kekuatan anggota.

“Saya juga telah mengarahkan pegawai di peringkat kontinjen untuk membuat postmortem bagi menilai masalah-masalah yang timbul pada operasi lalu bagi kita tambah baik,” ujarnya.

Menurutnya lagi, Ops Tapis Khas menyasarkan tokan atau pengedar, sarang penagih dadah serta penagih tegar.

Tegas Ayob Khan, JSJN akan membanteras habis-habisan kegiatan penyalahgunaan dadah sebagai usaha memastikan negara bersih daripada dadah.

Mengulas lanjut, Ayob Khan menjelaskan, masalah dadah adalah satu perkara yang serius kerana ia boleh menyebabkan masalah lain timbul seperti kes sosial dan jenayah.

“Kalau kita dapat tangani masalah dadah ini, sudah tentu kita akan dapat kawal semua masalah jenayah yang berkaitan dadah,” ujarnya.

Menerusi Ops Tapis Khas pada 21 Januari lalu, seramai 5,200 orang termasuk 76 remaja disyaki penagih dan tokan dadah ditahan di seluruh negara.

Polis juga berjaya merampas 213 kilogram dan 1,199 liter dadah pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM3.5 juta. Sejumlah 367 sarang penagih turut dimusnahkan.

Jihad menentang dadah musuh nombor satu negara – Ayob Khan


INFO


Insiden penyalahgunaan dadah

28 Januari 2022:

Empat daripada lima sekeluarga maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki dirempuh sebuah pacuan empat roda dipandu seorang lelaki positif dadah di Kilometer 2, Jalan Lebu-Mempaga, Bentong, Pahang.

16 Januari 2022:

Seorang wanita maut dipenggal anak lelakinya di rumah mereka di Kampung Baru Pasir Penambang, Kuala Selangor dipercayai akibat penyalahgunaan dadah.

8 Januari 2022:

Insiden seorang remaja dimandikan seperti jenazah gara-gara mencuri duit tabung masjid di Kuang, Selangor tular di media sosial. Remaja berkenaan dipercayai cuba mendapatkan wang bagi membeli bekalan dadah.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pelakon Mak Wan Latah Menikah Lagi, Kali Ini Pindah Ikut Suami Ke Kuala Pilah

Luna Maya Terkedu Ditanya Soalan Panas, “Awak Pernah Buat Jahat Dalam Kereta Tak?

Pak Nil bertemu jodoh?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker