‘Demi hidup’ ibu bapa di Afghanistan terpaksa jual anak, buah pinggang
Demi kelangsungan hidup, seorang bapa muda terpaksa menjual darah dagingnya sendiri selain menjual buah pinggang miliknya.
Situasi menyedihkan inj menjadi perkara biasa bagi penduduk di Afghanistan di saat negara berdepan krisis kemanusiaan yang sangat kritikal.
Seorang ibu muda di Herat, Bibi Zanan juga terpaksa ‘pejam mata’ menjual anak perempuan bagi membeli keperluan asas kepada ahli keluarga lain.
Malah ibu muda itu menyifatkan kehidupan yang dilalui masa kini seperti berada di neraka jahanam.
“Saya berharap tidak dilahirkan seperti apa yang dilalui saat ini, ia sangat terseksa menyebabkan saya terpaksa melakukan…menjual buah pinggang anak lelaki.
“Kemudian saya jual pula anak perempuan dan hasil jualan itu saya gunakan untuk kelangsungan hidup,” kongsinya.
Bagi Gulbuddin pula yang juga merupakan penduduk di Herat bersedia untuk menjual kedua-dua belah matanya bagi membantu menyelamatkan nyawa isterinya yang sedang menderita.
Bagaimanapun pegawai tempatan di Herat, menafikan perkara tersebut, sebaliknya mendakwa penduduk sengaja mereka-reka cerita berkaitan krisis kemanusian yang berlaku di bawah pimpinan Taliban.
Malah, menyifatkan situasi sebenar tidak seperti yang dikongsikan.
Bagaimanapun seorang doktor yang bertugas di sebuah daripada pusat pemindahan buah pinggang di bandar Herat memberitahu Ariana News, lebih 200 penduduk mengunjungi pusat berkenaan dan menyatakan hasrat untuk menjual buah pinggang.
Kesemua itu berlaku dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.
“Saya bekerja di sini sejak lima tahun lalu dan sepanjang tempoh itu lebih 200 penduduk datang dan menjual satu daripada buah pinggang milik mereka .
“Kesemua itu dilakukan secara sukerela semata-mata mahu mendapatkan wang bagi meneruskan kehidupan dengan membeli keperluan asas untuk keluarga,” ujar doktor berkenaan yang enggan mendedahkan nama. – Agensi
‘Demi hidup’ ibu bapa di Afghanistan terpaksa jual anak, buah pinggang
Baca Artikel Menarik:
- Bekas calon PRK Port Dickson didakwa bunuh suami
- Hadi ugut UMNO?
- Teong Kim balas TMJ – Apa kaitan gaji saya dengan prestasi Harimau Malaya?
- Hutang RM1 trilion: ‘Tahniah Guan Eng, abah kau, atuk’
- Mazlan bidas Muhyiddin, cermin diri dulu
- JAIS jawab isu lelaki mimpi peristiwa akhir zaman
- Jualan Akuarium Mangkuk Dihentikan Sebagai Punca Ikan Jadi Gila, Cepat Mati
- Pengguna cemas duit dalam bank ‘lesap’
- Biadap! Warga asing tunjuk kemaluan semasa beli barang diburu
- Meloyakan! Tikus bermain di atas pemotong ayam restoren [VIDEO]
- ‘Tangan ghaib’ cerita dongeng – Tunku Ismail
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”
Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis