Azab 45 minit ditimpa batang pokok

Azab 45 minit ditimpa batang pokok

Kampar: Seorang lelaki terpaksa menahan sakit kira-kira 45 minit selepas badannya ditimpa batang pokok tumbang ketika sedang melakukan kerja penebangan di kebunnya di Kampung Pasir, Kuala Dipang, di sini, tengah hari tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, insiden jam 1.28 tengah hari itu menyebabkan mangsa berusia 36 tahun itu cedera di bahagian pinggang namun dalam keadaan sedar selain dalam keadaan tersangkut kira-kira dua meter dari paras tanah.

“Ketibaan bomba di lokasi kejadian mendapati batang pokok menggelongsor lalu menghempap badan mangsa ketika dia sedang menebang di kebunnya. Mangsa tersepit kira-kira 45 minit.

“Mangsa kemudiannya diberi rawatan awal oleh pasukan perubatan. Kerja-kerja memotong dan mengalihkan batang pokok itu dilakukan kira-kira 10 minit menggunakan gergaji berantai,” katanya kepada media petang ini.

Menurutnya, mangsa dihantar ke Hospital Kampar untuk rawatan. HM

Azab 45 minit ditimpa batang pokok


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Pelakon Mak Wan Latah Menikah Lagi, Kali Ini Pindah Ikut Suami Ke Kuala Pilah

Luna Maya Terkedu Ditanya Soalan Panas, “Awak Pernah Buat Jahat Dalam Kereta Tak?

Pak Nil bertemu jodoh?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker