SPRM siasat Mazlee, nafi lakukan intimidasi

SPRM siasat Mazlee, nafi lakukan intimidasi

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan terdapat aduan dibuat terhadap bekas Menteri Pendidikan Maszlee Malik dan siasatan sedang dijalankan.

“SPRM telah menerima dua aduan terhadap Maszlee berkenaan sesuatu kesalahan rasuah dan penyelewengan dan sedang menjalankan siasatan berhubung perkara tersebut,” kata SPRM dalam satu kenyataan hari ini.



Dalam pada itu SPRM menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa pegawainya melakukan intimidasi terhadap Ahli Parlimen Simpang Renggam berkenaan.

“SPRM ingin menegaskan proses siasatan perlu dijalankan setelah terdapat aduan rasmi berhubung sesuatu kesalahan rasuah dan penyelewengan sebagaimana peruntukan undang-undang,” katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan, Maszlee menyifatkan siasatan SPRM terhadap dirinya dan beberapa pegawainya di Parlimen Simpang Renggam sebagai satu bentuk intimidasi.

Maszlee berkata, beliau difahamkan bahawa SPRM turut menyoal siasat beberapa pegawai di Kementerian Pendidikan yang didakwanya sebagai usaha untuk mencari kesalahan terhadap dirinya.



Dalam pada itu, SPRM berkata setiap siasatan yang dijalankan adalah mengikut SOP dengan menemu bual beberapa saksi yang terlibat.

SPRM berkata tidak akan tunduk kepada tekanan dari mana-mana pihak untuk mengalihkan isu rasuah dan penyelewengan dengan pelbagai tekanan yang sengaja dibuat.

Siasatan yang dijalankan akan berteraskan prinsip ketelusan, keadilan dan profesionalisme serta berlandaskan undang-undang yang diperuntukkan.

“SPRM berharap agar pihak yang terlibat memberikan kerjasama penuh dan berhenti mensensasikan proses siasatan ini,” katanya. FMT



SPRM siasat Mazlee, nafi lakukan intimidasi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”



Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]

Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker