Persis Vin Diesel dan The Rock – Chef Wan

hef Wan memberitahu beliau selesa tampil dengan imej botak.

Tampil dengan imej botak, Cef selebriti popular, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan, 65, menyifatkan dirinya sama persis dua selebriti terkenal Hollywood, Vin Diesel dan The Rock.

Chef Wan menerusi Instagramnya pada Sabtu lalu, meluahkan dia berasa selesa dan berkeyakinan dengan imej terbaharunya.

“Apabila saya melihat foto dua selebriti Hollywood terkenal (Vin Diesel dan The Rock), saya fikir tidak mengapa jika botak. Mereka tetap kelihatan menawan.

“Saya ibarat menipu diri sendiri dengan memakai rambut palsu hanya untuk senyum walaupun saya tahu saya tampak buruk mengenakannya.



“Sebenarnya, saya yakin saja berjalan kesana sini dengan imej botak tanpa perlu memikirkan pandangan orang lain,”katanya.

Dalam hantaran sama, beliau turut berkongsi perkembangan positif mengenai perjuangannya melawan kanser limfoma

“Apa yang pasti doktor memaklumkan keputusan pemeriksaan darah saya berada pada tahap baik dan dibenarkan pulang ke rumah selepas selesai rawatan kemoterapi yang kelima.

“Untuk dua minggu ini, Doktor minta saya makan seperti biasa, tidur serta secukupnya dan sentiasa rajin bersenam untuk membina tenaga dan tingkat kekuatan dalaman,”ujarnya.



Menjengah ke ruangan komen, selain terhibur dengan seloroh beliau, rata-rata sempat turut meninggalkan kata-kata positif dan doa akan kesembuhannya.

“Botak bukan sebarang botak Datuk. Alhamdulillah, mudah-mudahan kesihatan semakin membaik,”komen rohaiza71.

“Kepala botak best! Mandi air lalu kepala sedap je, ringan kepala,” tulis lokmanul_hakim20.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hot Seats Gegar Vaganza GV10 bukan 5 tapi 6, Liza Hanim, Zamani bersaing sengit



Musa Hassan kini suami Qistina

Kehadiran Andi hangatkan lagi hubungan dengan Puteri Sarah



Ramai nak ‘try’ Puteri Sarah – Yusof Haslam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker