Robot bedah empat babi tanpa bantuan manusia

Robot bedah empat babi tanpa bantuan manusia

BALTIMORE, MARYLAND – Sebuah robot yang dibangunkan oleh kumpulan penyelidik dari negeri Maryland, Amerika Syarikat, berjaya melakukan prosedur pembedahan ke atas empat ekor babi tanpa melibatkan manusia, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Menerusi penyelidikan Universiti Johns Hopkins, Robot Autonomi Tisu Pintar (Star) itu melakukan pembedahan laparoskopi untuk menyambung dua bahagian hujung usus pada empat ekor babi.

Menurut kertas kajian yang diterbitkan dalam jurnal Science Robotics, robot tersebut berjaya melakukan prosedur itu yang kebiasaannya, memerlukan tahap ketepatan tinggi dan pergerakan berulang.

“Ini merupakan pertama kali robot melakukan pembedahan laparoskopi tanpa bantuan manusia.

“Penemuan ini menunjukkan bahawa kita boleh melakukan satu daripada tugasan paling rumit dalam pembedahan iaitu menyambung semula dua bahagian hujung usus.

“Star membuktikan bahawa ia mampu melakukan pembedahan ke atas empat ekor haiwan dengan hasil yang lebih baik berbanding manusia,” kata Pembantu Profesor Kejuruteraan Mekanikal Universiti Johns Hopkins, Axel Krieger.

Krieger turut terlibat dalam mencipta robot tersebut yang mempunyai sistem berpandukan kesihatan yang direka untuk menjahit tisu lembut. K Online

Robot bedah empat babi tanpa bantuan manusia


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]

Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker