Siapa nak ganti Hamidin – TMJ

Siapa nak ganti Hamidin – TMJ

“Kalau nak tukar (Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), tukar dengan siapa?”

Itu pertanyaan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhubung desakan penyokong bola sepak tempatan yang mahu Datuk Hamidin Mohd Amin meletakkan jawatan susulan kegagalan skuad Harimau Malaya di Piala AFF 2020.



Jelas pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) itu, tidak semua kesalahan perlu dituding kepada Hamidin meskipun menegaskan semua pihak perlu bertanggungjawab atas prestasi hambar skuad kebangsaan pada temasya di Singapura itu.

“Bukan pertahankan (Hamidin), tetapi keputusan perlu dibuat secara rasional berdasarkan fakta dan analisis yang tepat. Jadi kena faham tiada orang dalam badan induk yang ada niat tidak baik. Semua mahu buat yang terbaik.

“Mungkin cara mereka bekerja di mana tak sepatutnya benda itu dilakukan dengan cara tertentu dan perlu ubahsuai sedikit. Tak boleh salahkan dia (Hamidin) kerana bukan dia yang buat kerja taktikal.

“Yang tidak jaringkan gol, yang bolos gol adalah pemain. Taktikal pula (kerja) jurulatih jadi bagaimana boleh salah Presiden FAM? Tetapi semua kena tanggungjawab dan cari jalan untuk perbaiki situasi dan jalankan tugas dengan baik.



“Kalau nak tukar, tukar dengan siapa? Dia sudah lama berkhidmat untuk bola sepak Malaysia dan dia pun ada sumbangan untuk industri bola sepak. Dia letak jawatan, nak ganti dengan siapa?

“(Tunku ganti Hamidin) Saya tak boleh, saya ada JDT nanti ada konflik kepentingan. Kalau nak cari yang neutral, (letak) Vincent Tan, ada kelab di England dan Belgium.

“Tetapi bagi saya, tak kena kerana kena faham senario bola sepak negara sangat berbeza jika dibandingkan dengan negara lain,” katanya.

Dalam masa sama, Tunku Ismail juga menegaskan beliau tidak ada sebarang masalah dengan ahli jawatankuasa eksekutif FAM dan akan sentiasa memberi teguran jika dirasakan perlu berbuat demikian.



“Saya kawan dengan semua Exco, begitu juga presiden FAM. Kalau salah, salah. Kalau betul, betul. Kadang-kadang saya rasa benda itu tak betul, saya kata tak betul.

“Bukan saya bermusuh dengan mereka,” katanya. BH

Siapa nak ganti Hamidin – TMJ


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]



Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker