Amaran ribut petir di lapan negeri

Amaran ribut petir di lapan negeri

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan lapan buah negeri dan keadaan itu dijangka berlaku sehingga pukul 8 malam nanti.

MetMalaysia dalam satu kenyataan di Facebook berkata, amaran itu dikeluarkan bagi kawasan Kulim dan Bandar Baharu di Kedah serta daerah Larut, Matang dan Selama, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim bagi negeri Perak.



“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Hulu Selangor, Selangor, manakala di Negeri Sembilan, melibatkan kawasan Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Rembau.

“Cuaca buruk yang sama diramalkan berlaku di keseluruhan kawasan negeri Melaka dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, bagi negeri Sarawak, hujan lebat serta ribut petir tertumpu di kawasan Kapit (Belaga) dan Limbang serta beberapa daerah di Sabah termasuklah Sandakan dan Kudat (Pitas).

“Amaran ribut petir ini adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” ujarnya. K Online



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Amaran ribut petir di lapan negeri




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”



Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]

Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker