PRN Johor : Khaled Nordin Harap Kekuatan Dan Kehebatan Pas ‘Terbukti’ Dalam PRN Johor

PRN Johor : Khaled Nordin Harap Kekuatan Dan Kehebatan Pas ‘Terbukti’ Dalam PRN Johor

Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor langsung tidak ada kena mengena dengan ‘kluster mahkamah’ seperti mana yang didakwa Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang, tegas Datuk Seri Khaled Nordin.

Dalam perkongsian terbaharu di akaun Twitter miliknya hari ini, Naib Presiden UMNO itu berkata, pendirian beliau, UMNO serta Barisan Nasional (BN) sendiri konsisten bahawa segala isu berkaitan yang terkait dengan pemimpin kanan, harus diserahkan sepenuhnya kepada Mahkamah.

Tegas bekas Menteri Besar Johor itu lagi, PRN diadakan kerana Kerajaan Johor hanya berdiri dengan majoriti satu kerusi, dan Abdul Hadi harus berhenti berpura-pura, sebaliknya menerima hakikat bahawa kedudukan sebegitu sangat lemah dan tidak menentu.



“Jadi, jalan terbaik untuk mendapatkan kembali sebuah kerajaan yang kukuh, dengan mandat yang sah, adalah melalui PRN. Kita tidak boleh terus menerus mempunyai kerajaan yang terbentuk hanya dengan percaturan ahli politik yang sekali gus menafikan pilihan rakyat.

“Walaupun Tan Sri (Abdul Hadi) dan Pas mungkin gemar dengan pendekatan sedemikian, ia tidak matang dan tidak menyantuni prinsip demokrasi yang jujur,” katanya lagi.

Baru-baru ini portal Free Malaysia Today memetik Abdul Hadi sebagai berkata, strategi UMNO mencetuskan PRN Johor, dan sebelum ini di Melaka, sebagai didalangi oleh pihak yang dikenali sebagai “kluster mahkamah” dalam parti itu.

“Strategi buat PRN negeri-negeri ini bukan strategi yang baik tetapi ia dilakukan, kita tahu yang buat strategi ini adalah ‘kluster mahkamah’, kluster yang kalah pada PRU14, kluster yang tiada jawatan.



“Bukan semua dalam Umno (bersetuju). ‘Kluster mahkamah’ ini…kalau kita ada maruah, lawan di mahkamah jangan susahkan rakyat. (Ini) nak selamatkan diri, susahkan rakyat,” kata beliau.

Selain itu, Abdul Hadi dilaporkan sebagai berkata, jika UMNO dan BN berterusan mencetuskan Pilihan Raya Negeri, Pas dengan kekuatan satu juta ahlinya akan bertindak balas.

Mengulas mengenai amaran itu, Khaled berkata, beliau mengakui kehebatan Pas, dan ‘berdoa’ kekuatan itu dapat dibuktikan dalam PRN Johor.

“Saya beri jaminan pada Tan Sri, UMNO-BN tidak akan cuba menumpang kehebatan dan kekuatan PAS dengan 1 juta ahli itu. Cuma, janganlah pula Tan Sri memarahi kami jika kami tidak mahu bekerjasama dan menunggang kehebatan dan kekuatan Pas.



“Yang pasti, kami doakan yang terbaik untuk Pas sebagai parti besar, hebat dan kuat dalam PRN Johor nanti,” katanya lagi.-AA

PRN Johor : Khaled Nordin Harap Kekuatan Dan Kehebatan Pas ‘Terbukti’ Dalam PRN Johor

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker