Teong Kim balas TMJ – Apa kaitan gaji saya dengan prestasi Harimau Malaya?
Teong Kim balas TMJ – Apa kaitan gaji saya dengan prestasi Harimau Malaya?
Bekas Pengarah Akedemi Mokhtar Dahari (AMD), Lim Teong Kim tidak menunggu lama untuk mempersoalkan kenyataan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mengaitkan kegagalan skuad kebangsaan Malaysia pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2020 tempoh hari dengan dirinya.
“Saya nak tanya, berapa Tunku membayar gaji kepada pemain import, RM20,000 – RM30,000? Dan apa kena mengena kegagalan pasukan kebangsaan dengan saya?
“Seingat saya, saya tak pernah bercakap dengan bahagian kewangan, saya tahu dan ingat saya bercakap dengan Tunku. Dan saya nak tanya juga, adakah saya pernah minta bekerja dengan pasukan kebangsaan?
“Untuk makluman Tunku (Pep) Guardiola dan Thomas Tuchel pun bermula dengan membimbing pasukan bawah umur, begitu juga ramai lagi jurulatih lain. Malah saya adalah jurulatih berkelayakan yang memegang Lesen Profesional UEFA,” jawab Teong Kim menerusi komennya.
Bagaimanapun reaksi Teong Kim tersebut segera dibalas oleh TMJ yang terus mempertahankan dakwaannya dan menegaskan beliau mempunyai saksi.
“Berkenaan Lim Teong Kim, saya ditanya pendapat mengenai LTK sebagai calon Jurulatih skuad kebangsaan yang baru. Jadi saya jawab dan memberi pendapat saya, termasuk gaji yang diminta untuk menjadi coach pembangunan JDT. Kalau LTK nak menafikan, saya ada saksi, ” kata TMJ melalui satu ciapan.
“Kalau nak bercerita mengenai lesen jurulatihan, jurulatih fitness & conditioning JDT pun ada lesen pro UEFA,” katanya TMJ.
Tunku Ismali juga meminta kepada semua pihak tidak memutar belit kenyataan baginda dan mengucapkan ‘good luck’ kepada pihak yang masih tak faham.
Semalam, dalam satu temubual eksklusif pemilik JDT itu bersama Astro Arena, wartawan yang bertanyakan mengapa Teong Kim tidak pernah diangkat sebagai individu penting bagi meningkatkan prestasi skuad kebangsaan Malaysia.
Menurut TMJ, beliau menolak untuk mengambil bekas pemain Kuala Lumpur dan Kedah yang mempunyai pengalaman bersama skuad remaja Bayern Munich itu atas faktor permintaan gajinya yang jauh lebih tinggi berbanding nilai yang dibayar kepada jurulatih dan pemain di kelabnya.
Tunku Ismail turut mendedahkan bekas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Lim Teong Kim pernah meminta gaji yang tinggi untuk melatih kelab itu.
“Kalau untuk pembangunan, boleh tetapi berapa gaji dia? Masa dia mahu kerja dengan saya, dia minta 70,000, 80,000 euro (RM327,000-RM374,000) sebulan dan mahu membawa dua lagi pembantunya.
“Takkan saya nak bayar seperti itu. Jurulatih dan pemain saya pun tidak sampai begitu (gaji). Bagi saya, itu banyak sangat tetapi semua orang berhak meminta sesuatu.
“Cuma kita tengok CV (biodata) dan pernah atau tidak dia menjadi jurulatih pasukan kebangsaan? Kalau dia sayangkan pembangunan Malaysia, suruhlah dia buat pembangunan dengan gaji RM20,000,” katanya. MG
Teong Kim balas TMJ – Apa kaitan gaji saya dengan prestasi Harimau Malaya?
Baca Artikel Menarik :
- Wanita jumpa mainan aneh dalam jajan kanak-kanak
- Abu Syafiq Tawar Kerja Di Mekah, Ramai Yang Berminat
- PAS dan UMNO. “Tenanglah saudaraku. Tamatkanlah persengketaan ini – Nasrudin Tantawi
- Perluas sistem solar PV bantu penjimatan bil elektrik rakyat
- Pejuang bidas PKR
- Netizen ‘Kembang Tekak’ Lihat Penyediaan Makanan Restoran Ternama
- Bersatu mahu ‘tamatkan’ Umno, henti pujuk kami kerjasama – Najib
- Vida mohon maaf gelar Anuar Zain gay
- Pencarum menangis rayu keluar i-Citra RM10,000
- Ajak berkawan tapi macam musuh menyerang – Shahril
- Harimau masuk kampung sebab sakit, bukan pembalakan
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”