Penarik kereta bergaduh ditahan polis
Penarik kereta bergaduh ditahan polis
GEORGETOWN: Polis menahan lima daripada kira-kira 20 individu yang terbabit dalam insiden pergaduhan ketika kemalangan di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, semalam.
Kejadian itu turut tular di laman sosial menerusi rakaman video oleh orang awam.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, berlaku kemalangan membabitkan lori membawa muatan mozek dan dua kenderaan lain pada jam 2 petang.
Menerusi siasatan awal, Soffian berkata, pergaduhan membabitkan pekerja penarik kereta itu berlaku akibat salah faham berkaitan urusan menarik kenderaan yang terbabit dalam kemalangan berkenaan.
“Anggota Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut yang berada di lokasi kejadian cuba meleraikan pergaduhan itu tetapi gagal sebelum mendapatkan bantuan anggota polis Cawangan Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB).
“Ketika anggota MPV dan URB tiba di lokasi kejadian, semua individu berkenaan sudah melarikan diri,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Soffian berkata, setakat ini seramai lima lelaki warga tempatan berusia antara 26 hingga 50 tahun sudah ditahan di sekitar Georgetown, di sini, semalam.
“Polis turut merampas senjata yang digunakan dalam pergaduhan itu iaitu topi keledar dan pengunci motosikal (motorcycle fork lock),” katanya.
Menerusi video tular berdurasi 0:27 saat itu, memaparkan pergaduhan membabitkan sekumpulan individu di atas lebuh raya berkenaan.
Pergaduhan itu berlaku di laluan bertentangan kemalangan dan menghala ke pusat Bandaraya.
Beberapa pengguna lebuh raya yang melalui laluan itu turut memperlahankan kenderaan mereka dan difahamkan berlaku kesesakan di kedua-dua arah jalan raya berkenaan.
Kerja pembersihan serpihan mozek yang bertaburan turut membabitkan pekerja dari Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP). BH
Penarik kereta bergaduh ditahan polis
hr />
Baca Artikel Menarik :
- Erra sedia terima bukan Melayu sebagai jodoh
- Zuhdi gesa segerakan PRU
- Pas usahlah berdolak-dalik, berterus teranglah…MN atau PN!
- Mokhtar Senik kembali dengan kecaman bertalu-talu kepada UMNO
- Lebih baik BN tanding PRN Johor secara solo – penganalisis
- Tak marahlah, Atu cuma bergurau jadi klon saya – Anuar Zain
- Afdlin bakal bertanding di Dun Johor?
- PRNJohor: PAS sedia bekerja dengan PH tapi bersyarat – Idris
- PRN Johor: Tewas 39 kerusi kepada Umno, apa logik PAS mahu tuntut lebih?
- PRNJohor: PAS tolak tawaran UMNO, mahu bersama PN
- Tanah mendap: 17 premis diarah henti sementara operasi [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Perlu bantuan: Bapa tak mampu tampung kos ubat anak RM66,000 setahun