Pemain Maghribi Minta Restu Dan Doa Ibu Sebelum Perlawanan, Punca Resepi Kejayaan [VIDEO]
Pemain Maghribi Minta Restu Dan Doa Ibu Sebelum Perlawanan, Punca Resepi Kejayaan
MAGHRIBI walaupun tidak besar pada nama, tetapi perjalanan mereka dalam edisi Piala Dunia 2022 adalah sesuatu yang menginspirasikan.
Mereka mengungguli Kumpulan F di tangga pertama walaupun harus bersaing dengan negara elit dunia bola sepak seperti Belgium dan Croatia.
Maghribi berjaya mengumpul tujuh mata di peringkat kumpulan dengan dua kemenangan dan satu seri tanpa mencatat sebarang kekalahan.
Seterusnya di pusingan 16, Maghribi menundukkan gergasi bola sepak yang digeruni ramai, Sepanyol melalui penentuan penalti.
Di pusingan suku akhir, mereka sekali lagi membuktikan yang mereka bukannya bernasib baik dengan menyingkirkan Portugal.
VIDEO DIBAWAH:-
[videopress Yj5LHBEi]Oleh itu, persoalannya di sini, apakah ‘ramuan’ yang diiikhtiarkan Maghribi sehingga boleh memperoleh kejayaan gilang-gemilang seperti ini?
Satu hantaran di Facebook oleh pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mungkin mempunyai jawapannya, doa dari seorang ibu.
“Jikalau pasukan lain menang kebiasaannya mereka akan raikan bersama penyokong atau WAGs (pasangan perempuan) mereka.
Pemain Maghribi meraikan kemenangan dengan ibu tercinta.
“Namun jikalau sahabat perasaan, beberapa pemain serta jurulatih mereka akan meraikan bersama ibu mereka! Allahuakbar.
“Mereka tidak sesekali merasa malu untuk memeluk dan mencium ibu mereka sebagai tanda terima kasih di atas doa serta sokongan mereka.
“Nabi mengajar kita bahawa keutamaan seorang ibu adalah 3 kali lebih utama berbanding seorang ayah,” katanya.
Jurulatih Maghribi bersama ibunya.
Laporan berita luar negara juga memetik bahawa jurulatih Maghribi sendiri meminta pemain membawa ibu masing-masing ke stadium.
Ini kerana kehadiran ibu akan memberikan ‘aura’ yang mendorong pemain bermain dengan sehabis baik.
Maghribi akan menentang Perancis di peringkat separuh akhir, Khamis ini.
Pemain Maghribi Minta Restu Dan Doa Ibu Sebelum Perlawanan, Punca Resepi Kejayaan
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- 4 MP Bersatu perlu kosong kerusi?
- Bersatu sasar bunuh Umno tapi tersasar – Zahid
- Projek tebatan banjir sudah lulus tapi ditangguh kerana PRU15 – Anwar
- PN, Pas tunggu saya keluar kenyataan minggu depan – Rafizi
- Muhyiddin jangan berlagak macam Trump
- NGO Indonesia bidas kenyataan ‘tak beretika’ Saifuddin berkait layanan tahanan
- Kaesang, Erina, anak dan menantu Jokowi selamat bergelar suami
- Lelaki tengah solat boleh tersipu malu bila jadi tumpuan kamera dipuji ‘comel’ oleh Baby Shima[VIDEO]
- Bumiputera terus ketinggalan
- Baru angkat sumpah jawatan, rakyat desak letak jawatan
- Anwar bakal tempuh ujian terbesar 19 Disember ini
- Jalan mana pilihan UMNO?
- Ezra Kong ketepikan Datuk M. Nasir, raih royalti MACP 2022 paling tinggi
- 14 ADUN Sabah selamat walaupun ‘lompat’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Content’ melampau! Sebagai mentor Raja Viral, Pak Nil kesal
Muhyiddin geram! Tindakan akan diambil kepada bekas Ahli Parlimen Bersatu Sabah
You must be logged in to post a comment.