52 kenderaan rosak dihempap bumbung terbang dalam kejadian angin kencang

52 kenderaan rosak dihempap bumbung terbang dalam kejadian angin kencang

Sejumlah 52 kenderaan mengalami kerosakan selepas dihempap bumbung berterbangan akibat angin kencang, dalam kejadian di beberapa unit flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Raya Sungai Besi, petang tadi.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), berkata dalam kejadian 5.30 petang itu, enam rumah Blok A turut mengalami kerosakan, manakala bancian masih dilakukan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi mengenalpasti jumlah unit rumah Blok C yang rosak.



Beliau berkata, pihaknya bergegas ke lokasi selepas menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 7.21 petang tadi, menerusi media sosial mendapati tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden berkenaan.

“Tiada pembukaan pusat pemindahan sementara (PPS) dilakukan kerana hanya sebahagian daripada unit kediaman mengalami kerosakan dan penduduk juga tidak mahu berpindah,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Beliau berkata, kerja-kerja membersihkan kawasan kejadian dilakukan pihak APM dan kakitangan DBKL membabitkan Bahagian Kejuruteraan dan Skuad Penyelamat DBKL.
FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

52 kenderaan rosak dihempap bumbung terbang dalam kejadian angin kencang


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Suspek samun, tikam pemandu Grab diberkas (Video)

GV bukan ‘apak’ saya punya – Ramli MS



Perlu bantuan: Bapa tak mampu tampung kos ubat anak RM66,000 setahun



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker