Pemuda berselisih ajal empat saat

Pemuda berselisih ajal empat saat

Pantang maut sebelum ajal. Itu mungkin ungkapan paling sesuai bagi menggambarkan situasi dialami seorang penunggang motosikal apabila dia berjaya menyelamatkan diri daripada digilis sebuah lori kelmarin.

Menerusi satu rakaman video berdurasi 16 saat yang tular di laman media sosial semalam, kejadian itu dilaporkan berlaku kelmarin kira-kira pukul 4.17 petang.

Bagaimanapun, lokasi kejadian tidak dapat dipastikan, namun punca kemalangan dikaitkan dengan jalan licin akibat hujan.

Berdasarkan video itu, pemuda berkenaan dilaporkan terjatuh daripada motosikalnya ketika menunggang motosikal dalam keadaan hujan.

Namun, dia sempat bangun semula dan menyelamatkan diri dalam masa empat saat bagi mengelakkan dirinya digilis lori yang datang dari arah belakang.

Pemuda itu juga dilihat tidak mengalami sebarang kecederaan serius memandangkan dapat berjalan seperti biasa selain sempat menuju ke arah motosikalnya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen melahirkan rasa syukur selepas pemuda itu tidak mengalami sebarang kecederaan serius akibat kemalangan berkenaan.

“Nasib baik tiada kereta yang lalu dekat lorong yang dia lari itu,” kata @mhdnrfd.

“Ya Allah seramnya, sudahlah hari-hari bawa motor,” luah @baemok.

“Boleh bayangkan berada dalam keadaan dekat dengan maut, dia mesti trauma,” ujar @shfqahhhh. K Online

Pemuda berselisih ajal empat saat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Nabila Huda dituntut bayar ganti rugi RM900,000 dan mohon maaf dalam 7 hari

Kata dua Aaron Aziz kepada Aliff Aziz

Pendayung solo rentas Atlantik maut di tengah laut [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker