Formula agihan kerusi PH ikut kemenangan PRU-14
PETALING JAYA: Formula agihan kerusi Pakatan Harapan (PH) antara parti komponennya dijangka mengikut jumlah kerusi yang dimenangi selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, Aminolhuda Hassan berkata, baki kerusi yang dimenangi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan diagihkan antara tiga komponen lain termasuk rakan kerjasama yang dijangka bersama mereka dalam pilihan raya tersebut.
Beliau tidak tolak kemungkinan bakal berlaku percaturan kerjasama antara PH dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) yang dilihat menunjukkan perkembangan positif.
“Kita akan bincang berhubung susunan agihan kerusi pada hari ini sebelum hasil rumusan dibawa ke Majlis Presiden PH untuk dimuktamadkan. Setakat ini, agihan kerusi melibatkan PH sahaja dan jika ada kerjasama lain, kita akan bincang kemudian.
“Namun, kita bertanding di semua 56 DUN manakala agihannya berdasarkan kerusi dimenangi pada PRU-14. Baki kerusi Bersatu yang pernah bersama PH, akan diagihkan sesama kita dan mungkin rakan PH Plus,” katanya.
Pada PRU-14, PH ketika itu menggunakan logo PKR memenangi 36 daripada 56 kerusi DUN Johor dengan pecahannya terdiri daripada DAP (14), Parti Amanah Negara (sembilan), Bersatu (lapan) dan PKR (lima).
Ketika ditanya calon Menteri Besar dan wajah ‘poster boy’ daripada PH, Aminolhuda menjelaskan, fokus pihaknya kini adalah meraih kemenangan dan memberikan tawaran terbaik supaya para pengundi dapat melihat kemampuan dalam mentadbir kerajaan.
“Itu lebih utama berbanding kita fokus kepada soal calon menteri besar kerana rakyat akhirnya akan melihat apakah tawaran memenuhi kehendak mereka.
“Rakyat boleh menilai perkara ini khususnya dalam tempoh 100 hari, kita berjaya melaksanakan janji-janji termasuklah pemberian air percuma sebanyak 10 meter padu kepada rakyat,” katanya.
Formula agihan kerusi PH ikut kemenangan PRU-14
Baca Artikel Menarik:
- Najib saman Adam Mukhriz dan Amin Ahmad
- Bas lelong jadi rumah Nur Amira
- Selepas suami disiasat PDRM, Zeti pula disiasat SPRM?
- MB Perak dipuji Ketua Pembangkang
- 7 lokasi Mee Bandung Muar paling sedap sekitar Johor
- Uyaina kena kecam pakai tanduk (Video)
- GV8: Netizen harap Nikki juara, bukan Aliff Aziz
- Bila PAS sama PAS berperang
- Vicha akhirnya tayang suami tercinta
- Ibu tikam bapa hingga mati disaksi 2 anak
- PRNJohor: Tak yakin dengan parti sendiri ke?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET