PRN Johor: Pertandingan dijangka sampai enam penjuru?

PETALING JAYA : Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dijangka menyaksikan pertandingan sehingga enam penjuru iaitu membabitkan parti politik dan calon Bebas yang bakal berentap mempertaruhkan nasib dalam medan demokrasi tersebut.

Selain Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN), dijangka Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Parti Warisan Sabah (Warisan) di samping kehadiran calon-calon Bebas dilihat menghangatkan suhu pilihan raya tersebut.

Bagaimanapun, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) masih belum memberikan maklum balas berhubung penglibatan dalam PRN itu, namun, desas-desus mereka dijangka bekerjasama di bawah khemah besar PH.



Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar berkata, pihaknya percaya pertembungan lebih tiga penjuru hampir keseluruhan 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pasti berlaku seperti ketika PRN Melaka.

Malah, katanya, kenyataan awal parti Pejuang dan Warisan yang ingin menguji penerimaan pengundi terhadap parti mereka sekali gus membayangkan akan wujud sekurang-kurangnya pertembungan empat penjuru akan berlaku.

“Jika ditambah dengan penglibatan calon Bebas, PRN ini akan bertambah meriah untuk memberikan tawaran kepada pengundi di Johor dalam membuat pilihan mereka,” katanya.

PRN Johor diadakan selepas DUN dibubarkan selepas diperkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar setelah baginda menerima menghadap Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad di Istana Bukit Serene, Johor.



Dalam pada itu, Hisomuddin memberitahu, pihaknya menjangkakan BN punyai kelebihan untuk meraih kemenangan sekiranya wujud pertembungan berbilang penjuru di samping faktor peratusan pengundi rendah dan kempen terlalu ketat.

Katanya lagi, dijangka rekahan berlaku pada undi diperoleh PH kerana parti-parti baharu seperti PN, Warisan ataupun Muda akan mencuri sebahagian besar undi mereka dahulu.

Jelas beliau, hal ini kerana parti baharu berkenaan akan menumpukan sasaran di kerusi kawasan bandar dan separa bandar yang dahulunya didominasi oleh PH iaitu diwakili PKR, DAP dan Amanah.

“Cabaran kepada BN hanya akan berlaku oleh PN dan juga sedikit daripada Pejuang. Berdasarkan keadaan sekarang, BN berada di posisi ‘upper hand’ dan dengan rasional di atas jugalah, mereka berani membubarkan DUN Johor bagi mengadakan satu PRN bagi mengabsahkan kuasa mereka dengan lebih jelas dan stabil dalam PRN kali ini,” jelasnya.



PRN Johor: Pertandingan dijangka sampai enam penjuru?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tiada sekatan pulang beraya tahun ini – PM



Menakjubkan! Pramugari Berdiri Di Mercu Burj Khalifa, ‘Ditemani’ Pesawat Emirates A380! [VIDEO]

Menteri UK hilang jawatan sebab keIslamannya



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker