Difitnah pencuri, polis tidak mampu menahan warga emas daripada maut dibelasah
JAKARTA – Seorang warga emas berusia 89 tahun dipukul hingga mati oleh penunggang motosikal yang menuduh mangsa mencuri kenderaan yang dinaikinya, lapor laman berita Coconut News semalam.
Kejadian di Jakarta Timur pada hujung minggu lalu itu tular di media sosial selepas dimuat naik di laman Instagram.
Berdasarkan satu paparan video, sekumpulan belia yang menunggang motosikal sedang mengejar mangsa yang memandu Toyota Rush sambil menjerit ‘pencuri’.
Kumpulan belia itu berjaya membuatkan mangsa memberhentikan kenderaan sebelum menariknya keluar, membelasah warga emas itu hingga mati dan melarikan diri dari tempat kejadian.
Dua anggota polis yang mengikuti kejadian itu tidak berdaya menyelamatkan mangsa daripada terus dibelasah.
Menerusi laporan polis, pihak berkuasa mengesahkan mangsa ialah pemilik sebenar kereta itu dan bukanlah seorang pencuri seperti yang didakwa.
“Kereta mangsa mungkin bergesel sedikit dengan motosikal salah seorang anggota kumpulan bermotosikal itu dan membuatkan mereka menjerit perkataan pencuri sebagai alasan untuk mengejar dan membelasah mangsa,” kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Jakarta Timur, Ahsanul Muqaffi.
Kini, pihak polis sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti siapakah yang mencetuskan jeritan pencuri sehingga menyebabkan berlakunya insiden malang itu. – Agensi
Baca Artikel Menarik:
- Najib saman Adam Mukhriz dan Amin Ahmad
- Bas lelong jadi rumah Nur Amira
- Selepas suami disiasat PDRM, Zeti pula disiasat SPRM?
- MB Perak dipuji Ketua Pembangkang
- 7 lokasi Mee Bandung Muar paling sedap sekitar Johor
- Uyaina kena kecam pakai tanduk (Video)
- GV8: Netizen harap Nikki juara, bukan Aliff Aziz
- Bila PAS sama PAS berperang
- Vicha akhirnya tayang suami tercinta
- Ibu tikam bapa hingga mati disaksi 2 anak
- PRNJohor: Tak yakin dengan parti sendiri ke?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Menteri UK hilang jawatan sebab keIslamannya