Saman RM250 juta terhadap NFC mungkin selesai luar mahkamah

Saman Putrajaya terhadap National Feedlot Corporation (NFC) untuk mendapatkan bayaran pinjaman dan faedah berjumlah kira-kira RM250 juta mungkin akan diselesaikan di luar mahkamah.

Kemungkinan itu dijangka berlaku selepas NFC dan beberapa pihak lain minggu lepas menghantar surat kepada Jabatan Peguam Negara memohon suatu penyelesaian.

Peguam NFC, K Kirubakaran, pada prosiding hari ini memaklumkan kepada Pesuruhjaya Kehakiman Anand Ponnudurai bahawa anak guamnya menghantar suatu cadangan untuk pertimbangan kerajaan bagi menamatkan pertikaian undang-undang itu.



“Kami mahu perkara ini diselesaikan menerusi suatu penyelesaian,” katanya kepada FMT.

Peguam Kanan Persekutuan, Azizan Md Arshad, mengesahkan surat-menyurat antara pihak pembelaan dengan kerajaan.

Pesuruhjaya kemudian menangguhkan perbicaraan ke esok hari untuk membolehkan kedua-dua pihak memaklumkan perkembangan terkini.

Perbicaraan ini bermula 2020 dengan pihak kerajaan menampilkan tujuh saksi dan seorang daripada pihak pembelaan.



Saman yang difailkan pada Jun 2019 itu menamakan NFC, pengerusinya, Mohamad Salleh Ismail, tiga anaknya dan enam syarikat milik mereka sebagai defendan.

Kerajaan menuntut daripada NFC dan keluarga Salleh sejumlah RM253.62 juta, bersekali dengan faedah 2% setahun dan faedah mungkir sebanyak RM224.77 juta.

Kerajaan juga mahu mahkamah mengisytiharkan keluarga Salleh perlu membayar balik hutang sebanyak RM118.04 juta yang didakwa digelapkan daripada pinjaman itu.

Kerajaan juga percaya ia berhak menuntut hak milik ekuiti ke atas hartanah yang dibeli menggunakan pinjaman RM250 juta daripada kerajaan kepada NFC.



Laporan Ketua Audit Negara 2011 mendedahkan skandal berkaitan NFC.

Pada 2007, kerajaan meluluskan pinjaman sebanyak RM250 juta kepada NFC dengan tujuan menjadikan industri ternakan lembu perniagaan berskala besar agar pengeluaran daging di Malaysia mampu diri.

Saman RM250 juta terhadap NFC mungkin selesai luar mahkamah


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tiada sekatan pulang beraya tahun ini – PM

Menakjubkan! Pramugari Berdiri Di Mercu Burj Khalifa, ‘Ditemani’ Pesawat Emirates A380! [VIDEO]



Menteri UK hilang jawatan sebab keIslamannya



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker