Mahkamah putuskan esok jika Zahid perlu bela diri

Bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi akan mengetahui sama ada dia akan bebas atau perlu membela diri terhadap 47 pertuduhan penyelewengan, rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi bernilai puluhan juta.

Pada Isnin, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Collin Lawrence Sequerah akan memaklumkan keputusannya sama ada pihak pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie terhadap Zahid.

Ia melibatkan 12 pertuduhan jenayah pecah amanah (CBT), lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram. Zahid mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan itu.

Di bawah undang-undang jenayah, prima facie bermaksud pertuduhan yang, secara zahirnya, telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan melainkan tertuduh kemudiannya berjaya menimbulkan keraguan munasabah dalam kes itu.

Keputusan pendakwaan yang dijangkakan dibuat selepas 99 saksi – termasuk bekas pegawai khas Zahid, Wan Ahmad Wan Omar serta bekas setiausaha eksekutif tertuduh Mejar Mazlina Mazlan@Ramly – telah memberi keterangan semasa perbicaraan yang bermula pada 18 Nov, 2019.

Sekiranya Zahid diperintahkan membela diri esok bagi kesemua atau sebahagian pertuduhan itu, Mahkamah Tinggi akan mengadakan peringkat pembelaan perbicaraan bermula 28 hingga 30 Mac, 11 hingga 13 April, 26 hingga 28 April, 23 Mei hingga 26 dan 27 hingga 30 Jun.

Pasukan pendakwaan diketuai oleh timbalan pendakwa raya kanan Raja Rozela Raja Toran, manakala pasukan pembelaan terdiri daripada peguam Hisyam Teh Poh Teik dan Hamidi Mohd Noh.

Presiden Umno itu juga sedang menjalani perbicaraan rasuah yang berasingan di hadapan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang melibatkan 40 pertuduhan yang dikaitkan dengan sistem visa luar negara (VLN).

Mahkamah putuskan esok jika Zahid perlu bela diri


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor akan jadi penentu hidup mati Muafakat Nasional,

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker