Apa salah saya? – Jin Wei

Apa salah saya? – Jin Wei

Juara remaja dunia dua kali, Goh Jin Wei hari ini membuka mulut terhadap tindakan yang dikenakan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang tidak mahu mendaftarkan namanya dalam sebarang kejohanan selama dua tahun.

Kata pemain berusia 21 tahun, dia tidak tahu apa salah yang telah dilakukan hingga dikenakan hukuman seperti itu sedangkan dia meninggalkan skuad kebangsaan atas persetujuan pihak pengurusan badan induk badminton negara itu kerana faktor kesihatan.

Menerusi video yang disiarkan dalam saluran Youtube miliknya, Jin Wei berkata, masalah kesihatan yang dialami menyebabkan dia tidak boleh mengikuti regim latihan skuad kebangsaan yang ketat dan akhirnya membuat keputusan untuk keluar daripada BAM.

Bagaimanapun hanya tiga bulan selepas mengumumkan persaraan, Jin Wei mengejutkan ramai pihak apabila memutuskan untuk kembali bermain dengan menyertai Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC).

“Mereka (BAM) sudah pun menerima peletakan jawatan saya tahun lalu pada September 2021, tiada bantahan selama ini tetapi kenapa sekarang baru ada isu?

“Kedua, kenapa saya boleh mendaftarkan diri dalam Terbuka India yang diadakan bulan lepas? Hanya kerana saya menghormati badan kebangsaan kita, jadi saya setuju mereka menarik semula nama saya daripada kejohanan sebelum saya duduk dan berbincang dengan pihak pengurusan tentangan perancangan saya.

“Saya amat menghormati badan kebangsaan kita, jadi mengapa saya dapat mendaftarkan diri sebelum ini? Itu bermakna saya ada hak bermain, saya tidak melanggar mana-mana polisi.

“Ketiga enggan mendaftarkan nama saya dalam mana-mana kejohanan antarabangsa selama dua tahun secara efektif telah melarang saya daripada bersaing.

“Jika anda enggan mendaftarkan saya, saya tidak dapat bermain di peringkat anatrabangsa dan ini akan menjejaskan kehidupan saya. Badminton satu-satunya kemahiran yang saya ada dan itu kerja saya, bagaimana saya hendak bertahan?” katanya.

Pemain kelahiran Pulau Pinang itu juga menjelaskan, mengapa dia memutuskan untuk kembali meneruskan karier badminton di luar BAM selepas mengumumkan persaraan, kerana dia masih percaya mampu memberi sumbangan kepada negara tetapi masalah kesihatan yang dihadapi tidak memungkinkan dia berada dala ‘regim latihan kebangsaan’ yang ketat.

“Juga berdasarkan sejarah dan keadaan kesihatan saya, saya tidak mampu memberi komitmen 100 peratus dan menjalani regim latihan yang keras (dalam skuad kebangsaan).

“Semua orang termasuk bekas rakan-rakan sepasukan, jurulatih, pengurusan dalam skuad kebangsaan tahu perkara itu. Saya hendak berlatih dan bermain mengikut rentak saya sendiri dan memantau keadaan kesihatan saya dalam masa sama.

“Tiada siapa tahu betapa berat kesan sampingan daripada ubat-ubatan yang perlu saya tanggung setiap hari kecuali saya dan keluarga saya tetapi saya tetap berusaha sedaya upaya untuk merealisasikan impian saya,” katanya.

Pada Oktober 2019, Jin Wei menjalani pembedahan usus yang menyebabkan dia terpaksa berehat selama 14 bulan sebelum kembali ke pangkuan BAM, namun mengumumkan persaraan tidak lama selepas itu.

Bagaimanapun sebaik sahaja menyuarakan hasrat untuk kembali bermain badminton, BAM memberitahu Jin Wei mereka sedia membantu pemain itu dan mahu dia pulang ke pangkuan pasukan kebangsaan.

Bagaimanapun Jin Wei memilih untuk bergerak sebagai pemain profesional bersama KLRC, keputusan yang tidak menggembirakan BAM dan membuatkan mereka merasa seperti ‘dipermainkan’. Utusan

Apa salah saya? – Jin Wei


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kronologi Kes Perceraian Shila Amzah & Suami Yang Mengejutkan Orang Ramai

Nora Danish dituduh lakukan syirik

Rakan taja majlis resepsi Heliza dan Mahadi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker