Agong jalani rawatan di IJN

Agong jalani rawatan di IJN

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menjalani pemeriksaan kesihatan dan rawatan susulan di Wad Diraja Institut Jantung Negara (IJN), bermula semalam.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata rawatan selama beberapa hari itu adalah susulan daripada rawatan intervensi pada sendi lutut dan buku lali baginda di IJN pada September 2020.



Selain rawatan susulan itu, katanya, Al-Sultan Abdullah pada masa sama turut menjalani pemeriksaan respiratori di IJN ketika ini.

“Pada 24 September 2020, Seri Paduka Baginda menjalani rawatan intervensi berkenaan setelah pengimejan MRI menunjukkan kecederaan pada sendi lutut dan buku lali baginda ketika bersukan.

“Rawatan susulan ini tertangguh dari tarikh itu ekoran daripada pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 di hospital awam, termasuk IJN,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahmad Fadil memaklumkan kesihatan Yang di-Pertuan Agong secara amnya berada dalam keadaan baik.



Jelasnya, baginda dijadualkan berangkat pulang ke Istana Negara dalam masa terdekat selepas selesai menjalani rawatan susulan berkenaan.

“Seluruh rakyat diseru bersama mendoakan semoga Seri Paduka Baginda dikurniakan kesembuhan segera dan keafiatan yang berpanjangan,” katanya. BH

Agong jalani rawatan di IJN


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kronologi Kes Perceraian Shila Amzah & Suami Yang Mengejutkan Orang Ramai

Nora Danish dituduh lakukan syirik



Berarak macam ‘lembu bodoh’ Menyusahkan orang lain – Diva AA



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker