Maut elak basikal melintas

Kulai: Seorang penunggang motosikal maut digilis kereta selepas terjatuh ketika mengelak sebuah basikal di Jalan Seelong 6, Kampung Baru Seelong, Senai, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, dalam kejadian 7.45 pagi itu, pekerja kilang warga Bangladesh yang menunggang basikal melintas jalan secara tiba-tiba dari arah kanan ke kiri jalan.

Beliau berkata, penunggang motosikal itu yang juga mekanik berusia 39 tahun terbabas dan melanggar kereta Proton Saga di laluan bertentangan.

“Sebuah lagi motosikal dari arah sama gagal mengelak basikal dan motosikal mangsa lalu melanggar mangsa yang menyebabkan mangsa tercampak dan menghentam tepi kereta

“Mangsa maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala manakala penunggang basikal berusia 36 tahun cedera di tangan dan kaki kanan.

“Penunggang sebuah lagi motosikal berusia 47 tahun cedera ringan dan pemandu kereta berusia 29 tahun tidak cedera,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker