Pelakon Syafiq Kyle Hadiah Vellfire Pada Keluarga, Netizen Sakat Kata Guna Duit ‘Rompakan’ [VIDEO]

"Dia kan One Cent Thief"

Pelakon Syafiq Kyle Hadiah Vellfire Pada Keluarga, Netizen Sakat Kata Guna Duit ‘Rompakan’ [VIDEO]

SEBUAH video memperlihatkan pelakon Syafiq Kyle membeli sebuah kereta mewah jenis Vellfire untuk dihadiahkan kepada keluarganya mencuri perhatian netizen.

Menerusi video yang dimuat naik penjual kenderaan tersebut di laman TikTok, Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak dilihat sedang melakukan urusan jual beli bersama individu berkenaan.

“Terbaik Syafiq Kyle, hadiah Vellfire untuk keluarga. Terima kasih sokong Vellfire Golden Eyes (nama syarikat),” tulis penjual tersebut pada kapsyen.

Dalam pada itu, kereta mewah yang berwarna serba hitam itu turut dihiasi dengan reben besar bewarna merah di bahagian hadapan kereta.

Sementara itu menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya turut menumpang gembira selain berbangga melihat Syafiq berkongsi rezeki bersama keluarga.

Pun begitu, ada segelintir wargamaya yang hadir di ruangan komen dengan berbual mengenai watak Iman Shah yang dilakonkan Syafiq dalam drama One Cent Thief baru-baru ini.

Disebabkan jalan cerita drama itu yang mengisahkan seorang pekerja bank menggodam sistem komputer sebelum mencuri satu sen daripada setiap akaun bank pelanggan, segelintir netizen berseloroh kononnya aktor itu membeli kereta berkenaan hasil ‘kejayaan’ terbabit dengan jenayah siber.

Cool mamat ni, cash in transfer satu sen hahah.

“Satu sen dia banyak kan hahaha. Dia kan one cent thief.

“Dia guna duit satu sen daripada bank ke?

“Dia kan perompak satu sen, sekali transaksi boleh dapat 80k haha.

“Hasil merompak satu sen kan hahah,” demikian antara seloroh wargamaya. – GEMPAK

Pelakon Syafiq Kyle Hadiah Vellfire Pada Keluarga, Netizen Sakat Kata Guna Duit ‘Rompakan’ [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Mufti-mufti tegur anak Muhyiddin kerana guna gelaran Priest

Pele, legenda bola sepak Brazil akhirnya meninggal dunia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker