Selepas Annuar Musa, Shahidan Kassim pula tubuh NGO Perpaduan Ummah

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim mengumumkan penubuhan Pertubuhan Perpaduan Ummah selepas menerima kelulusan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) 29 Dis lalu.

Shahidan berkata, NGO itu berperanan menyatukan masyarakat di Malaysia tanpa mengira parti selain memfokuskan kepada kerja-kerja kebajikan.

Shahidan yang juga Setiausaha Agung penajanya berkata pertubuhan itu juga akan diperluaskan ke semua 222 Parlimen di seluruh negara dalam memastikan usaha membentuk kerjasama seluruh rakyat selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Untuk (organisasi), saya adalah pemudah cara sahaja. Selepas ini, pertubuhan ini akan dipimpin orang yang lebih hebat dan berjenama,” katanya, menurut Astro Awani.

Shahidan turut berharap pelancaran pertubuhan itu dilaksanakan di Parlimen Arau bagi memastikan struktur organisasinya dapat dicontohi di Parlimen yang lain.

Sementara itu Shahidan menafikan penubuhan NGO itu bagi ‘melawan’ NGO Muafakat Nasional yang diketuai bekas Ahli Parlimen Ketereh Annuar Musa.

Beliau turut menolak mempunyai masalah dengan Annuar.

“Sesiapa sahaja jika hendak masuk kedua-dua NGO ini pun tidak apa, tidak ada masalah.

“Masuk tiga atau empat tidak beri apa-apa kesan, tetapi saya nyatakan bahawa Perpaduan Ummah lebih tekankan kepada kebajikan dan manifesto supaya semua pihak selepas pilihan raya mesti bersatu padu,” kata Shahidan.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Mufti-mufti tegur anak Muhyiddin kerana guna gelaran Priest

Pele, legenda bola sepak Brazil akhirnya meninggal dunia

 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker