PH nyatakan keyakinan tawan Kedah

PH Kedah menyuarakan keyakinan untuk menawan kembali Kedah dalam pilihan raya negeri (PRN) yang akan diadakan tahun ini, berdasarkan situasi politik semasa.

Pengarah Komunikasi dan Penerangan PH Kedah Dr Ismail Salleh berkata pihaknya sedar tugas berat berdepan dengan “tsunami PN” sejak PRU15 namun PH telah mengatur pelbagai strategi dan sangat yakin keadaan telah mula berubah.

Katanya, keyakinan itu berlandaskan kepada tiga faktor utama iaitu “tsunami PN” bersifat sementara, kecemerlangan pentadbiran kerajaan persekutuan dan kerjasama politik antara PH dan Umno.



“Tsunami PN dalam PRU15 baru-baru ini bersifat sementara kerana gelombang itu wujud atas tiupan sentimen bangsa dan agama. Ramai telah menyedari hakikat permainan sentimen ini hanyalah untuk meraih laba politik dan tidak memberi apa-apa keuntungan dalam usaha pembinaan negara.

“Faktor kedua ialah kecemerlangan pentadbiran kerajaan perpaduan memerintah walaupun baru hanya sebulan mengambil alih kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail berkata Anwar Ibrahim telah menunjukkan prestasi yang baik setakat ini, serta bersungguh-sungguh untuk meningkatkan kedudukan negara.

“Pengiktirafan yang mencurah-curah datang dari pimpinan seluruh dunia dengan komitmen untuk membantu melabur dalam negara akan menyegerakan pertumbuhan ekonomi yang seterusnya akan memakmur dan mensejahterakan kehidupan rakyat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.



Pada PRU15 lalu PH Kedah merekodkan pencapaian buruk selepas hanya mempertahankan satu kerusi Parlimen, manakala 14 lagi kerusi dimenangi PN.

Di Perlis, Terengganu dan Kelantan pula, PN memenangi semua kerusi Parlimen yang dipertandingkan.

Sementara itu Ismail berkata faktor ketiga adalah kerjasama politik antara PH dan BN selepas kedua-dua gabungan itu membentuk kerajaan persekutuan.

Menurutnya perbincangan tentang kerjasama dua gabungan itu di semua peringkat sudah bermula.



“Ketiga-tiga faktor utama ini akan meredakan momentum tsunami PN dan akan memberi kelebihan kepada gabungan perpaduan PH dan BN seterusnya akan memberi kemenangan dalam PRN yang akan datang,” jelasnya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




 

Mufti-mufti tegur anak Muhyiddin kerana guna gelaran Priest

Pele, legenda bola sepak Brazil akhirnya meninggal dunia



 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker