Lelaki tendang gelandangan diburu polis

Lelaki tendang gelandangan diburu polis

Polis memburu individu terlibat mengasari seorang gelandangan di Kuala Lumpur seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Berdasarkan video itu, seorang lelaki mengasari seorang gelandangan dengan menendang mangsa yang ketika itu cuba menghalang kotak dan barangnya diambil, dalam kejadian di luar pusat beli-belah Lot 10.



Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Noor Dellhan Yahaya, berkata Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi menjalankan pengesanan ke atas individu tersebut.

“Ia susulan tular sebuah video berdurasi 30 saat yang dimuat naik di akaun Facebook. Siasatan akan dijalankan bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau meminta individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil bagi membantu siasatan.

“Polis juga ingin memberi amaran keras agar orang ramai tidak terlibat dengan apa-apa kesalahan yang melanggar undang-undang.



“Sebarang maklumat berkaitan jenayah boleh disalurkan dengan menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03 26002222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03 21159999,” katanya. FMT

Lelaki tendang gelandangan diburu polis


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Kronologi Kes Perceraian Shila Amzah & Suami Yang Mengejutkan Orang Ramai

Nora Danish dituduh lakukan syirik



Rakan taja majlis resepsi Heliza dan Mahadi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker