PAS tanding PRN Johor, tapi belum muktamad kerjasama – Takiyuddin

PAS tanding PRN Johor, tapi belum muktamad kerjasama – Takiyuddin

Selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini, PAS menyatakan hasrat untuk bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) itu.

Namun, Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hassan, memaklumkan partinya belum lagi memuktamadkan soal persiapan dan kerjasama dengan mana-mana parti sama ada dengan Umno atau Bersatu dalam PRN ini.

“Jadi, saya kira untuk PRN Johor ini berlaku, saya memberi jaminan PAS akan menyertai PRN ini. Bagaimanapun bentuknya belum dimuktamadkan walaupun kita sudah berbincang di peringkat PAS dan Perikatan Nasional (PN).

“Ini termasuk berkenaan persiapan jentera, belum dimuktamadkan lagi,” katanya menurut laporan Astro Awani.

Takiyuddin yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli turut memaklumkan, PAS terbuka dalam soal kerjasama dan sedia berunding dengan mana-mana parti politik.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man turut membayangkan kerjasama dengan Umno pada PRN Johor nanti.

Terdahulu, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN untuk memberi laluan kepada PRN.

Baginda berkenan menerima menghadap Menteri Besar, Hasni Mohammad pada 5 petang tadi di Istana Bukit Serene, Johor Bahru. FMT

PAS tanding PRN Johor, tapi belum muktamad kerjasama – Takiyuddin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kronologi Kes Perceraian Shila Amzah & Suami Yang Mengejutkan Orang Ramai

Nora Danish dituduh lakukan syirik

Rakan taja majlis resepsi Heliza dan Mahadi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker