‘Nama pun … Alhamdulillah… Sudah Ada’, Neelofa Sudah Dapat Nama Cahaya Mata Pertama

‘Nama pun … Alhamdulillah… Sudah Ada’, Neelofa Sudah Dapat Nama Cahaya Mata Pertama

USAHAWAN popular, Neelofa, memberitahu yang dia kini sedang menghitung hari untuk melahirkan cahaya mata yang pertama.

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 33, berkata, dia berasa agak gementar bagi melewati proses kelahiran anak pertamanya itu kelak.

InsyaAllah, kami akan sama-sama kongsikan tentang kelahiran ini nanti. Memang dalam masa terdekat. Orang kata menghitung hari.

“Sejujurnya, saya tak nafikan memang ada rasa gementar. Tetapi, saya rasa Haris lagi gementar. Dari segi persiapan pula, saya banyak baca buku dan banyak bertanya kerana keluarga kami berdua pun agak besar. Ramai antara ahli keluarga yang memberi nasihat.

“Nama pun … Alhamdulillah … sudah ada dan dari segi barangan keperluan juga sudah disiapkan,” katanya.

Dalam pada itu, Neelofa turut berharap agar diberikan rezeki untuk bersalin secara normal.

InsyaAllah kalau diberikan rezeki, saya memang nak bersalin normal. Namun, bagi yang bersalin normal, mereka tidak tahu bila masanya akan tiba. Haris perlu menemani saya nanti, sebab ada suami yang takut,” katanya yang turut memohon orang ramai mendoakan kelancaran proses kelahiran anaknya.

“Kepada yang mengenali saya sejak 12 tahun lepas dalam industri, terima kasih banyak atas setiap sokongan dan kepercayaan, dari semua segi, tak kiralah perniagaan atau kerjaya.

“Terima kasih juga yang mendoakan kami dan kelahiran anak saya. Minta semua doakan kelahiran anak saya dipermudahkan,” katanya lagi.

Neelofa dan suami, PU Riz mendirkan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu.-GEMPAK

‘Nama pun … Alhamdulillah… Sudah Ada’, Neelofa Sudah Dapat Nama Cahaya Mata Pertama

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Smart TAG, Touch ‘n Go lebih digemari pengguna

Blue Tears Kuala Selangor, Penemuan Luar Biasa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker