Lagi bot PATI karam: 2 maut, 6 hilang

Lagi bot PATI karam: 2 maut, 6 hilang

Kota Tinggi: Dua maut manakala enam pendatang asing tanpa izin (Pati) masih hilang dalam satu lagi kejadian bot karam yang dilaporkan berlaku di perairan Teluk Ramunia, awal pagi tadi.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru mendapat maklumat melalui Zon Maritim Tanjung Sedili (ZMTS) mengenai kejadian yang dilaporkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Katanya, terdapat sebuah bot disyaki membawa seramai 27 individu warga Indonesia karam di kedudukan 0.8 batu nautika Teluk Ramunia, jam 4.50 pagi tadi.

“Terdahulu, pada 3.45 pagi, radar Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) Maritim Malaysia mengesan satu sasaran curiga sedang bergerak dari perairan Pulau Bintan, Indonesia, menuju ke perairan negara dan kemudiannya menyalurkan maklumat kepada aset TLDM KD Sri Indera Sakti yang dalam penugasan Op Benteng,” katanya.

Menurutnya, seramai 19 individu ditemukan selamat membabitkan 10 wanita dan sembilan lelaki.

“Dua mayat wanita ditemukan manakala enam lagi masih hilang,” katanya.

Katanya, semua yang diselamatkan akan ditahan untuk siasatan lanjut dan sehingga kini mereka di bawah jagaan Pos Taktikal Tanjung Sepang.

Tambahnya, MRSC Johor Bahru sudah mengaktifkan Op Carilamat, pada 6.40 pagi tadi bagi mencari baki mangsa yang hilang.

“Maklumat atau perkembangan mengenai kes berkenaan akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat,” katanya. HM

Lagi bot PATI karam: 2 maut, 6 hilang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Smart TAG, Touch ‘n Go lebih digemari pengguna

Blue Tears Kuala Selangor, Penemuan Luar Biasa

Kos RIFD tak sampai RM1, kenapa jual RM35?, soal Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker