Buang sikap syok jawatan jika mahu Melayu kembali kepada UMNO

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abd Samad mengingatkan pemimpin UMNO supaya segera buang sikap terlalu syok dengan jawatan politik jika mahu sokongan Melayu kembali kepada parti itu.

Bekas Ahli Parlimen Johor Bharu itu juga menjelaskan, selain sikap itu yang dilihat terus menebal dalam kalangan pemimpinnya, UMNO juga perlu berubah menjadi siasah politik yang tidak sekadar mencerminkan sebuah parti kerajaan, sebaliknya lambang institusi Melayu yang berkesan.

“Ubah cara kita berparti dan kedudukan parti mesti berbeza dengan kerajaan. Kita mesti jadi parti politik, bukan parti kerajaan. Pasal kita anggap kita ini parti kerajaan, kita tak akan menjadi parti politik yang sebetulnya.



“Kita akan berharap kepada jentera kerajaan untuk melakukan tanggungjawab dan peranan kita sebagai siasah politik seolah-olah diketepikan. Mana-mana parti politik kedudukannya tak boleh syok sendiri.

“Kita kena lihat kehendak orang ramai. Kehendak yang mengundi, supaya kita terus menjadi relevan dan orang masih merujuk kepada kita. Sekarang ini, orang merujuk kepada UMNO, tapi mereka balun kita, sebab UMNO sendiri tak mahu mengubah keadaan dan cara kita berpolitik,” katanya kepada BH.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengakui BN dan UMNO kini sedang mengalami penolakan besar-besaran orang Melayu, susulan kekalahan berturut-turut parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu dan terbaru Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri yang berakhir 12 Ogos lalu.

Mengulas lanjut, Shahrir berkata, penolakan pengundi Melayu terhadap UMNO mungkin dipengaruhi banyak faktor dengan undi protes juga dianggap sebahagiannya.



“Ini tanggungjawab Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO. Mereka harus fikirkan ini dengan serius. Dia ada banyak faktor (penolakan), undi protes dan mungkin bercampur yang lain. UMNO kena bawa perubahan untuk tukar naratif dalam parti ini.

“Kita sudah melalui pengalaman PRU14. Kita nampak macam mana pemimpin kita ini masih syok sangat dengan jawatan. Gaduh berebut pasal jawatan, seolah-olah meletakkan parti ke tepi. Menyatakan seolah-olah Parlimen yang menentukan kerajaan, bukan parti. Jadi, itu pengalaman yang kepimpinan yang ada sudah lalui dan mesti hadapi,” katanya.

Sementara itu, pakar sejarah, Prof Datuk Dr Ramlah Adam, berkata naratif politik Melayu perlu diubah memandangkan keputusan PRU dan PRN baru-baru ini seakan sudah membawa negara ke kancah polarasi kaum yang semakin membimbangkan.

Katanya, jika stigma kaum ini tidak dikawal, beliau bimbang Melayu akan terus berpecah dan lebih buruk ia membawa gelombang konflik perkauman yang mungkin lebih teruk dari peristiwa 13 Mei 1969.



“Isu Melayu Islam terus dimainkan. Saya sendiri tak pernah tolak ansur dalam soal kedudukan orang Melayu, hatta menyokong perlembagaan. Tapi apabila kita menggunakan politik dan emosi, ia akan membangkitkan kemarahan sedangkan faktanya tidaklah begitu.

“Orang Melayu, terutama orang muda atau pemimpin muda dia nampak perkara ini kecil. Dia gunakan isu Melayu Islam untuk memenangkan partinya dan orang Melayu pun sokong. Terutama kalau kita lihat di kebanyakan negeri masa PRN lalu.

“Akhirnya kalau ini jadi ideologi kebangsaan orang Melayu di Malaysia, saya percaya orang Melayu kita akan menghadapi konflik perkauman yang mungkin lebih teruk dari 13 Mei 1969. Kita hadapi perpecahan dan pembunuhan sesama Melayu. Apabila ada yang masih berkata UMNO bukan Islam, kafir.. ini bagi saya bibit-bibit yang perlu dikawal. Jangan biarkan perpecahan ini berterusan,” katanya. BH

Buang sikap syok jawatan jika mahu Melayu kembali kepada UMNO



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Abang Tesla – Biodata, Profil dan Latar Belakang



Back up Abang Tesla, Caprice kena lepuk dengan isteri

Fyna Jebat komen hubungan dengan Zainal Abidin



Abang Tesla kahwin dua, aku pula yang kena bebel (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker