Satu lagi kes kematian dalam lokap polis, Bukit Aman turun siasat

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan berlaku satu lagi kematian dalam lokap. Kali ini membabitkan Balai Polis Pengkalan Chepa, Kelantan.

Empat hari lalu satu lagi kematian dalam lokap dilaporkan iaitu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping, Perak.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, CP Azri Ahmad, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kematian tersebut pada jam 4.35 petang semalam.



“OKT (Orang kena tahan) itu ialah seorang lelaki Melayu berusia 37 tahun dan ditangkap mengikut Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“OKT terbabit diremah selama empat hari mulai 16 Jan sehingga 19 Jan ini di mahkamah di Kota Bharu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Azri Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan JIPS akan menjalankan siasatan berhubung kes tersebut.

Sebelum ini Azri memberitahu JIPS Bukit Aman akan menyiasat kematian tahanan di Taiping itu.



Pada 14 Jan media melaporkan dua anggota polis adalah antara empat individu yang ditahan bagi membantu siasatan kes kematian dalam lokap IPD Taping berkenaan.

Satu lagi kes kematian dalam lokap polis, Bukit Aman turun siasat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Rupa-rupanya Kamal Adli

Resepi Crab Rangoon Viral Gila



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker