Biodata Artis Aliff Aziz. Profail dan Latar Belakang.

Biodata Artis Aliff Aziz. Profail dan Latar Belakang.

Biodata Artis Aliff Aziz. Profail dan Latar Belakang.

Muhammad Aliff Aziz (lahir 16 Februari 1991) merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki Singapura yang kini menetap di Malaysia. Beliau juga merupakan artis rakaman di bawah naungan Sony Music Malaysia. Pada Julai 2007, beilau telah dinobatkan selaku pemenang program realiti TV, Anugerah, di mana bakatnya terserlah ketika dalam usia 16 tahun. Bahkan, pada September dalam tahun yang sama, beliau telah mencipta album pertama dengan single “Cinta Arjuna” yang telah menjual lebih 300,000 rakaman di seluruh Asia Tenggara. Single hit pertama beliau iaitu “Sayang Sayang” juga telah mencecah 1 juta dan menjadi hit terbaik sehingga kini.

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan pada 16 Februari 1991, Aliff merupakan anak sulung daripada tiga beradik malah juga lahir dari keluarga Melayu yang berdarah kacukan Arab. Ketika Aliff berusia 3 tahun, beliau serta keluarganya telah menyambut kelahiran dua adik perempuan yang juga kembar seiras, iaitu Nur Aisyah dan Nur Ain. Selain itu, Aliff dan dua adik kembar seirasnya pernah bersekolah di Sekolah Rendah Princess Elizabeth sebelum berpindah ke tahap seterusnya di mana beliau dan Aisyah menghala ke Sekolah Menengah Zhenghua manakala Ain juga bersekolah di Sekolah Menengah Greenridge.

Kerjaya

Pada masa itu, Aliff juga menceburi minat dalam bidang nyanyian ketika berusia 12 tahun, malah Aisyah juga turut serta mengikut jejak langkah abangnya dalam bidang seni, manakala Ain memilih untuk menceburi bidang teknologi maklumat. Beliau juga pernah mencuba nasibnya dalam melibatkan diri dalam program realiti TV nyanyian, Anugerah pada 2007, yang menjadikan beliau selaku peserta dalam program tersebut.

Selepas melangkah satu demi satu pusingan dalam pertandingan nyanyian tersebut, prestasi beliau waktu itu juga kurang memberangsangkan dan beliau juga tersingkir pada peringkat separuh akhir. Tetapi, peminat Aliff juga tidak putus-putus untuk menyokongnya bahkan pihak juri juga memberi peluang kedua dengan menerusi pusingan wildcard pada akhir persembahannya. Akhirnya, beliau dinobatkan sebagai juara yang termuda atas persembahan terbaik semasa beliau yang berusia 16 tahun. Ketika itu, Aliff juga menandatangani perjanjian untuk bernaung di bawah rakaman Sony BMG serta kontrak Mediacorp Artiste Management yang bernilai lebih RM100,000 ringgit.

Selepas kemenangannya dalam program tersebut, beliau muncul dalam iklan Mediacorp iaitu Sinar Lebaran 2007/2008, Khayalan dan sebagainya malah Aliff juga muncul dalam iklan 30 saat KFC pada 2007. Ia diketahui oleh majalah Malaysia bahawa beliau ketika itu sedang menyusun aktiviti jadualnya dengan melanjutkan pelajaran dan meluaskan bakatnya selaku penyanyi.


Baca Artikel Menarik :


Pada tahun 2009, Aliff dipelawa oleh National Services di mana beliau menjadi jurulatih di bawah Pasukan Pertahanan Awam Singapura (yang dahulunya dikenali sebagai BRTC/Basic Rescue Training Centre) di Jalan Bahar. Dalam temubual Sungguh pada 2010, Aliff memuat naik statusnya pada peminat beliau bahawa selepas ini Aliff juga akan memfokuskan dirinya dalam karier nyanyian. Dalam tahun yang sama, Aliff melancarkan album kedua, It’s Aliff’s Time, yang membariskan hit lagunya seperti Cinta dan Kalau Cinta hasil kolaborasinya bersama penyanyi terkenal Malaysia, Joanna. Single Kalau Cinta telah menjadi hit terbaik di stesen radio secara keseluruhan dan menjadikan lagu antara rakaman terbaik sehingga akhir tahun 2011.

Pada masa yang sama, beliau ketika itu merupakan seorang bekas tentera dan jurulatih di bawah Pasukan Pertahanan Awam Singapura, Music Performing Arts Club (MPAC), di mana beliau mempersembahkan vokalnya dalam mana-mana persembahan SCDF seperti Hari Kenaikan Pangkat SCDF, Hati Komuniti SCDF dan sebagainya. Beliau juga pernah merangkul sebagai “Koperal” ketika beliau berkhidmat dalam pasukan awam tersebut. Pada 2011, Aliff telah menamatkan khidmatnya dan berpindah ke Kuala Lumpur, Malaysia untuk mengejar cita-citanya sebagai artis rakaman, penyanyi, pelakon dan model.

Pada awal 2012, beliau telah melancarkan album ketiga iaitu Aliff Aziz, yang membariskan hit terbaik yang berjudul Jangan Ganggu Pacarku yang telah mencapai 1 juta tontonan Youtube selepas dikeluarkan dalam 24 jam. Lagu Aliff seperti Cinta Ya Cinta dan Setiap Detik juga sering digunakan sebagai soundtrack menerusi drama popular untuk TV3 serta rancangan lain.


Baca Artikel Menarik :


Selain melibatkan diri dalam bidang nyanyian, Aliff juga mencuba nasibnya dalam bidang lakonan, iaitu drama pertamanya, sebuah komedi muzikal yang berjudul Antara Kita diarahkan oleh pengarah terkenal Kas Roshan, yang mengambil watak beliau sebagai remaja yang bekerja di syarikat pencipta grafik. Drama tersebut membariskan pelakon terkenal Malaysia seperti pelawak Zaibo, Bell Ngasri, Anne Ngasri, malah bekas penyampai radio Hot FM iaitu Fara Fauzana juga turut sama berlakon drama tersebut sebanyak 13 episod.

Pada pertengahan tahun 2013, beliau pernah muncul dalam Slot Samarinda di TV3 iaitu drama berjudul Epilog Cinta Khirana, yang menampilkan beliau selaku watak antagonis iaitu Sharqir Ikhwan. Drama tersebut membariskan beliau yang ketika itu bersama aktres Tasha Shilla, Rozita Che Wan serta ramai pelakon yang berbakat.

Selain itu, beliau muncul dalam drama terbaharu menerusi Slot Akasia, iaitu drama yang berjudul Halalkan Hati Yang Ku Curi. Beliau memegang watak sebagai Faiq, seorang pemuda yang jatuh miskin dan bankrap akibat bersosial dan berbelanja tanpa batas. Drama tersebut membariskan beliau yang juga bergandingan bersama aktres terkenal Farah Nabilah, Mimi Lana, Shah Iskandar, serta dibantu oleh Azri Iskandar, Azhan Rani, Jasmin Hamid, dan Normah Damanhuri yang mengambil watak sampingan dalam drama tersebut.

Gegar Vaganza 2021

Aliff Aziz telah terpilih sebagai peserta Gegar Vaganza Musim ke-8

Aliff Aziz
Kelahiran
Mohamad Aliff bin Aziz

16 Februari 1991 (umur 30)

Singapura
Pekerjaan Penyanyi, pelakon, model
Tahun aktif 2007–kini
Ketinggian 1.85 m (6 ka 1 in)
Pasangan Bella Astillah (k. 2016)
Anak 2
Saudara Aisyah Aziz (adik)
Kerjaya muzik
Genre Pop, R&B, Pop alternatif, Jazz
Instrumen Vokal
Syarikat rakaman
Sony Music Malaysia
Pengkarya berkait
Adira, Siti Nordiana, Kilafairy, Emma Suhaimi

Biodata Artis Aliff Aziz. Profail dan Latar Belakang.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Senarai peserta pentas akhir Gegar Vaganza 8

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker