Wang milik Alvin, isteri Addy Kanna, tiada pihak ketiga tampil tuntut

KUALA LUMPUR – Tiada pihak ketiga berkepentingan hadir di Mahkamah Tinggi di sini hari ini bagi menuntut wang lebih RM500,000 milik ahli perniagaan Alvin Goh Leong Yeong dan isteri kepada Datuk Addy Kana, Alyaa Syuhaila Mohamad Shariff serta beberapa buah syarikat mereka yang disita oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya daripada SPRM, Ahmad Akram Gharib memaklumkan kepada mahkamah bahawa notis untuk pihak ketiga telah diwartakan pada 13 Januari lalu dan telah difailkan di mahkamah keesokannya.

“Bagaimanapun, tiada pihak ketiga yang hadir ke mahkamah hari ini,” katanya ketika pengurusan kes di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan.



Permohonan pengeluaran notis untuk pihak ketiga itu dikemukakan oleh pihak pendakwaan bagi membolehkan pihak itu hadir di mahkamah secara sendiri atau melalui peguam bagi memberikan tunjuk sebab mengapa harta berkenaan tidak boleh dilucut hak kepada kerajaan.

Dalam pada itu, Ahmad Akram memaklumkan Alvin serta dua syarikatnya itu masih belum memfailkan afidavit jawapan kerana lelaki itu berada dalam tahanan di Penjara Kluang, Johor dan kini sedang menjalani kuarantin Covid-19.

Peguam Lim Jin Wen yang mewakili Alvin mengesahkan perkara itu kemudian memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya akan memfailkan afidavit jawapan pada 11 Februari ini.

Sementara bagi permohonan melucut hak wang daripada dua responden iaitu Alyaa Syuhaila serta syarikatnya, Nine Nine International, Ahmad Akram berkata pihaknya memohon tarikh pendengaran pada 28 Mac ini berikutan pemfailan afidavit antara kedua-dua pihak hampir selesai.



Peguam Syazwani Mohd Zawawi yang mewakili Alyaa Syuhaila tidak membantah tarikh pendengaran itu dan berkata pihaknya akan memfailkan afidavit balasan pada Jumaat ini (21 Januari).

Justeru hakim Mohamed Zaini menetapkan 22 Februari ini untuk pengurusan kes bagi Alvin dan dua syarikatnya manakala pendengaran bagi melucut hak wang daripada Alyaa Syuhaila serta sebuah syarikatnya ditetapkan pada 28 Mac.

Pada masa sama mahkamah turut memerintahkan pemohon (pendakwa raya) memfailkan hujahan bertulis sebelum 4 Mac, pihak responden (Alyaa Syuhaila dan sebuah syarikatnya) perlu memfailkan hujahan bertulis (balasan) sebelum 18 Mac dah hujahan jawapan oleh pemohon sebelum 25 Mac.

Pada 29 September tahun lalu pendakwa raya selaku pemohon memfailkan notis usul melucut hak wang tersebut secara berasingan dengan menamakan Alvin ,34,  syarikatnya, Malaysian House of Internet Sdn. Bhd. dan Networld Computer (KL) Sdn. Bhd. serta Alyaa, 35, dan syarikatnya, Nine Nine International Sdn. Bhd. selaku responden.



Berdasarkan dokumen, antara alasan permohonan tersebut adalah wang-wang tersebut merupakan hasil aktiviti aktiviti haram iaitu sindiket pusat operasi perdagangan kripto tanpa lesen dan judi atas talian dan merupakan satu kesalahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

Pewartaan notis itu bagi membolehkan pihak berkepentingan terbabit untuk tampil ke mahkamah pada hari yang akan ditetapkan kemudian bagi memberikan alasan mengapa harta berkenaan tidak sepatutnya dilucut hak oleh kerajaan.

Menerusi notis usul tersebut, kerajaan melalui Jabatan Peguam Negara (AGC) memohon untuk melucutkan wang daripada tiga akaun peribadi Alvin berjumlah RM60, 232.01 dan dari akaun-akaun syarikat miliknya, Malaysia House of Internet (RM10,588.94) dan Networld Computer (RM16,721.75).

Turut dimohon untuk dilucutkan hak ialah wang daripada lima akaun peribadi Alyaa berjumlah RM353,723.81 dan daripada akaun syarikat Nine Nine yang mana sebanyak RM75,846.82.



Kesemua akaun-akaun tersebut telah dibekukan oleh SPRM antara Disember tahun lalu dan Januari tahun lalu – K! ONLINE

Wang milik Alvin, isteri Addy Kanna, tiada pihak ketiga tampil tuntut


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Rupa-rupanya Kamal Adli

Resepi Crab Rangoon Viral Gila



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker