Wanita maut ditolak di hadapan kereta api di Times Square

BANDAR RAYA NEW YORK – Seorang wanita maut selepas ditolak di hadapan sebuah kereta api bawah tanah yang sedang bergerak di Times Square, Bandar Raya New York, malam semalam, lapor agensi berita United Press International (UPI).

Jabatan Polis New York (NYPD) berkata, mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 10.39 malam (waktu tempatan) di stesen Times Square–42nd Street selepas ditolak dari platform ke laluan kereta api yang menghala ke arah selatan.

Mangsa merupakan seorang wanita dari Asia berusia 40 tahun.

Penyerang dikenali sebagai Simon Martial adalah seorang gelandangan berusia 61 tahun, demikian menurut taklimat berita oleh Pesuruhjaya NYPD, Keechant Sewell.

“Tiada provokasi dilihat ketika insiden. Mangsa dilihat tidak berinteraksi dengan suspek,’’ kata Sewell.

Suspek bagaimanapun dilaporkan ada mengejek wanita lain yang bukan dari Asia sebelum kejadian itu. – Agensi

Wanita maut ditolak di hadapan kereta api di Times Square


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tukang Urut Rakam Video Pelanggan Bogel, Sorok Kamera Dalam Bilik Terapi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker