Tak sengaja tampar bayi sering muntah, pengasuh ditahan

Tak sengaja tampar bayi sering muntah, pengasuh ditahan

Seorang pengasuh ditahan selepas dipercayai menampar bayi berusia lapan bulan kerana sering muntah, dalam kejadian, pada Rabu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Kuala Lumpur Kamaruzaman Elias, berkata polis menerima laporan pada 12 Jan, pada jam 11.29 malam, daripada seorang wanita mendakwa anak bongsunya ditampar pengasuh.



“Semasa mengambil anak-anaknya dari rumah pengasuh, ibu mangsa mendapati pipi sebelah kanan bayi berkenaan kemerah-merahan.

“Siasatan dijalankan mendapati, pengasuh seorang wanita berusia 48 tahun mengaku tidak sengaja menampar pipi mangsa yang pada masa itu berada dalam buaian kerana mangsa dikatakan sering muntah,” katanya dalam kenyataan.

Kamaruzaman berkata, polis membuka kertas siasatan dan mengklasifikasikannya sebagai kes penderaan kanak-kanak dan disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Suspek telah ditangkap dan diberi jaminan polis,” katanya.



Beliau berkata, siasatan masih diteruskan dan menunggu laporan penuh perubatan membabitkan mangsa.

“Kes akan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara untuk nasihat dan arahan pertuduhan dengan kadar segera,” katanya. FMT

Tak sengaja tampar bayi sering muntah, pengasuh ditahan


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Rupa-rupanya Kamal Adli

Resepi Crab Rangoon Viral Gila



Gerai nasi dagang tak menang tangan lepas viral, 2 jam ‘sold out’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker