Rogol remaja 13 tahun, lelaki dikenali di IG diberkas polis

Rogol remaja 13 tahun, lelaki dikenali di IG diberkas polis

Seorang lelaki ditahan polis kerana merogol remaja perempuan berusia 13 tahun dipercayai dikenalinya menerusi Instagram, di Selama, Perak, Selasa lalu.

Difahamkan, mangsa mengenali lelaki berusia lingkungan 30-an yang juga penduduk tempatan, sejak setahun lalu menerusi aplikasi itu.

Kejadian itu dikatakan terbongkar selepas ibu mangsa mencurigai mesej pada telefon bimbit anaknya itu sebelum membuat laporan polis.

Ketua Polis Perak Mior Faridalathrash Wahid, mengesahkan polis menerima laporan kejadian itu dan penahanan suspek berkenaan.

Menurutnya, pihaknya turut merampas sebuah kereta digunakan dalam kejadian itu.

“Suspek direman selama tujuh hari sehingga Isnin ini untuk disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Siasatan kes ini sudah lengkap dan kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Rogol remaja 13 tahun, lelaki dikenali di IG diberkas polis


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Rupa-rupanya Kamal Adli

Resepi Crab Rangoon Viral Gila

Gerai nasi dagang tak menang tangan lepas viral, 2 jam ‘sold out’

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker