Kematian Shebby tiada kaitan suntikan penggalak – Sonuljit

Kematian Shebby tiada kaitan suntikan penggalak – Sonuljit

Keluarga bekas pemain bolasepak kebangsaan, Serbegeth “Shebby” Singh, menjelaskan punca kematiannya tidak mempunyai kaitan suntikan dos penggalak, yang diterima mendiang lima hari sebelum meninggal dunia, seperti dispekulasikan di media sosial.

Anak lelaki mendiang, Sonuljit Singh, menyifatkan tindakan warganet menghantar mesej berangkai mendakwa pengambilan vaksin sebagai punca kematian bapanya sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab.

“Beliau mengambil dos penggalak pada 7 Jan dan meninggal dunia lima hari selepas itu seperti mana anda tahu. Kami tidak mengetahui jenis vaksin penggalak diambilnya kerana data MySejahtera mendiang belum dikemaskini.



“Namun, doktor memaklumkan kepada kami punca kematiannya 99% disebabkan serangan jantung dengan bedah siasat menunjukkan tiga saluran arteri koronari tersumbat 90-100%.


Sonuljit Singh.

“Semua organ penting berfungsi dengan baik dan tidak menunjukkan sebarang reaksi alahan,” katanya kepada FMT.

Shebby, 61, dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung ketika berbasikal, pada 12 Jan.



Susulan itu, mesej tular bertebaran mendakwa Shebby maut dua hari selepas mengambil dos penggalak selain tidak berehat sekurang-kurangnya tiga minggu, seperti disyorkan.

Memetik sumber, mesej itu mendakwa mendiang kelihatan lesu selepas mengambil dos penggalak.

Sonuljit berkata, doktor memaklumkan bahawa bapanya mengalami masalah fibrosis jantung dan kemungkinan besar mengalami serangan jantung tanpa disedari pada masa lalu, berdasarkan saluran jantungnya yang teruk tersumbat.

Tambahan pula, bapa , adik beradik dan ramai saudara mendiang berisiko tinggi mengalami serangan jantung, katanya.



“Sejarah (kesihatan) keluarga bapa saya tidak baik. Jantungnya pada bila-bila masa boleh gagal berfungsi dan kematiannya tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan pengambilan dos penggalak,” kata Sonuljit.

Katanya, Shebby juga menghidap kencing manis dua tahun lalu, dengan peningkatan paras gula ketara. Namun dengan mengamalkan disiplin tinggi, mendiang berjaya menurunkan paras gulanya ke tahap terkawal, tanpa pengambilan ubat.

Sonuljit berharap, orang ramai menghormati mendiang dan keluarganya, dengan tidak menularkan maklumat tidak sahih. FMT

Kematian Shebby tiada kaitan suntikan penggalak – Sonuljit


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Rupa-rupanya Kamal Adli

Resepi Crab Rangoon Viral Gila

Gerai nasi dagang tak menang tangan lepas viral, 2 jam ‘sold out’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker