Saya dihidang minuman ‘aneh’, kata ADUN DAP selepas ditahan positif dadah

Saya dihidang minuman ‘aneh’, kata ADUN DAP selepas ditahan positif dadah

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar, Terence Naidu mendakwa beliau dihidangkan minuman aneh sebelum ditahan kerana didapati positif dadah di sebuah pusat hiburan di Pulau Pinang.

Katanya, pada malam kejadian, beliau diundang untuk menghadiri perjumpaan dengan rakannya di Pulau Pinang.

“Apabila tiba di Perai, saya dibawa ke lokasi di mana saya akan kemudiannya ditahan. Saya teragak-agak untuk masuk ke premis terbabit, namun akhirnya masuk.

“Saya tidak mengambil sebarang bentuk bahan terlarang. Saya terkejut ketika dimaklumkan ujian air kencing saya positif kerana saya merokok pun tidak.

“Saya kemudiannya dimaklumkan keesokan harinya bahawa ketika saya ke tandas, seseorang telah datang ke meja dan mengisi gelas minuman saya,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, susulan insiden itu, beliau pada 14 Jan telah membuat laporan polis sebaik sahaja dibebaskan dan menyatakan bahawa dirinya terdedah kepada anasir mencurigakan dan telah menamakan saksi terhadap kejadian terbabit.

Beliau berkata, saksi berkenaan telah pun memberi kenyataan kepada polis dan mengesahkan apa yang telah dilihat dan memohon polis untuk menyiasat perkara tersebut.

“Orang ramai boleh menilai kenyataan beramaran saya kepada pihak polis dan membuat kesimpulan mereka sendiri.

“Saya akan mempertahankan diri untuk membuktikan bahawa saya tidak bersalah,” katanya,

Terrence berkata beliau juga akan terus menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat kepada pengundi.

“Berkenaan dengan pendirian DAP Perak menuntut saya memberi penjelasan dan saya patuhi. Sebagai ADUN yang bertanggungjawab dan dilantik di bawah bendera parti, saya juga bersedia untuk melindunginya daripada sebarang masalah dan bersedia untuk digantung keahlian, supaya pihak parti tidak terheret sama dalam kes ini,” katanya.

FMT sebelum ini melaporkan seorang ADUN Perak ditahan selepas dikatakan positif dadah susulan serbuan di sebuah kelab malam, 13 Jan lalu.

Sumber polis memberitahu, beliau ditemui bersama 35 yang lain di kelab malam itu.

Difahamkan, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. FMT

Saya dihidang minuman ‘aneh’, kata ADUN DAP selepas ditahan positif dadah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Rupa-rupanya Kamal Adli

Resepi Crab Rangoon Viral Gila

Gerai nasi dagang tak menang tangan lepas viral, 2 jam ‘sold out’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker