Penjelasan Terence jadi bahan lawak netizen

Penjelasan Terence jadi bahan lawak netizen

Penjelasan Terrence Naidu tentang kejadian yang menyebabkan dia ditahan selepas ujian saringan air kencingnya positif dadah semalam dipersendakan netizen.

Rata-rata netizen yang komen dalam Facebook beliau menyifatkan penjelasan Naidu umpama menegakkan benang yang basah.

Tidak kurang pula ada yang berkata, kenyataan ‘bela diri’ oleh wakil rakyat Pasir Bedamar memang sudah dijangkakan.

Pemilik akaun yang bernama Muhamad Harris Nasril berkata: “kah kah kah sehari kau fikir buat karangan fiksyen ni ya?”.

Manakala Zheng He menambah: “Wahh pandai pula main sentimen ‘innocent untill proved guilty’ dulu time Najib sedap pulak tuduh macam sebelum perbicaraan”.

‘‘Denial is becoming norm in Malaysian politics. You guys are not noble la bro..Cerita hang boley bikin filem, ujar Kanthan Rao Krishnan pula.

Manju Mikan secara sinis berkata: ”Hahaha orang politik biasa menipu, Tak kan la pihak polis nak menipu pasal urine dan kalau YB tidak bersalah sangat try cuba saman malu kepada pihak polis kalau tidak bersalah..rakyat dan penyokong YB akan sokong kalau tidak bersalah tapi kalau YB tidak ambil tindakan saman malu kepada orang yang mengenakan YB means YB memang bersalah.

Nik Aswad Restu: “Kalau Najib, confirm salah..tapi kalau DAP, semua frame.. rasuah 10% frame, banglo frame, rogol amah frame, letak jawatan kalau tak serah PM pd Anwar pun frame.. DAP parti suci la kononnyaaaa 😄 🤣 😂 😆 😄 🤣 😂 😆 😄 🤣 😂”.

Seorang lagi netizen, Mie Amigo berkata: “YB x bersalah, dadah tu yg bersalah krn masuk ke dlm badan YB, tolong la penyokong DAP percaya dlm drama ni,”.

Menurut pemilik akaun Khairunnisa Sheikh Said: “pening baca statement dia..Ayat bajet suci ..konon dia d aniaya…Ok lah..ok lahhh…Kami tetap tak percaya”.

Sehingga berita ini ditulis, seramai 1,000 orang memberi komen.

Dalam kenyataan tersebut, Terrence yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP mengaku beliau adalah wakil rakyat yang ditangkap polis semalam dan saringan air kencingnya positif dadah.

Bagaimanapun, Terence berkata, dia terkejut ketika dimaklumkan air kencingnya positif dadah yang mengadakan operasi di pusat hiburan tersebut.

Terence mendakwa dia telah diundang oleh kliennya untuk perjumpaan dan makan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang.

Setibanya di Perai, beliau dibawa ke lokasi di dan berasa teragak-agak untuk memasuki premis tersebut.

Sambil menafikan telah mengambil sebarang bentuk bahan terlarang, Terence berkata, beliau dihidangkan minuman yang ‘aneh’ dan tidak meminumnya selepas merasa sedikit.

“Saya terkejut ketika dimaklumkan bahawa ujian air kencing saya positif, kerana saya ini merokok pun tidak,” katanya.

Katanya, beliau kemudiannya dimaklumkan keesokan harinya bahawa ketika pergi ke tandas, seseorang telah datang ke meja dan mengisi gelas minumannya. MG

Penjelasan Terence jadi bahan lawak netizen


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Rupa-rupanya Kamal Adli

Resepi Crab Rangoon Viral Gila

Gerai nasi dagang tak menang tangan lepas viral, 2 jam ‘sold out’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker