Polis siasat pendakwah kecam umat Islam bersihkan kuil semasa banjir

Polis siasat pendakwah kecam umat Islam bersihkan kuil semasa banjir

Polis akan menyiasat seorang pendakwah yang mengecam umat Islam membersihkan rumah ibadat agama lain selepas banjir melanda beberapa negeri baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Beh Eng Lai mengesahkan menerima laporan sebuah NGO berhubung perkara itu.

Beliau berkata, polis Shah Alam akan menyiasat aduan itu memandangkan laporan sama turut diterima di sana.

Beh memberitahu FMT, aduan itu akan disiasat kerana melukakan perasaan agama mana-mana orang dan penyalahgunaan internet.

Kes itu difailkan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, Pertubuhan Hak Asasi Manusia Global (GHRF) membuat laporan terhadap Idris Sulaiman dengan mendakwa pendakwah itu membuat komen terhadap agama minoriti.

Idris dilaporkan berkata, umat Islam dilarang membersihkan rumah ibadat lain, walaupun semasa misi bantuan banjir.

Beliau dipetik The Vibes sebagai berkata, perbuatan itu sama seperti membersihkan kedai judi dan disko, sambil menambah kuil adalah rumah syaitan.

Idris dikatakan memuat naik video itu ke Facebook kumpulannya, “Ilmu Salaf Dot Com”.

Ketua GHRF, S Shashi Kumar berkata, lebih 100 laporan polis dibuat di seluruh negara terhadap kenyataan Idris setakat ini.

Beliau menggesa kerajaan melindungi agama minoriti daripada dicemari dan menggesa undang-undang keharmonian kaum digubal.

FMT telah menghubungi Idris untuk mendapatkan komen. FMT

Polis siasat pendakwah kecam umat Islam bersihkan kuil semasa banjir


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Rupa-rupanya Kamal Adli

Resepi Crab Rangoon Viral Gila

Gerai nasi dagang tak menang tangan lepas viral, 2 jam ‘sold out’

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker