Jangan adu domba, tak ada kelompok dalam Umno – Mahdzir

Jangan adu domba, tak ada kelompok dalam Umno – Mahdzir

Tidak wujud sebarang kelompok dalam pucuk pimpinan Umno walaupun jawatan Perdana Menteri bukan secara tradisinya dipegang Presiden parti, kata Naib Presidennya, Mahdzir Khalid.

Beliau berkata, sebagai ahli berjawatan dalam parti itu, Mahdzir mengesahkan segalanya berjalan baik di peringkat pusat.

“Usah wujudkan pandangan seolah-olah ada dua kelompok dalam Umno kerana perkara itu tidak wujud.

“Sebagai Naib Presiden, saya boleh sahkan bahawa segalanya baik-baik saja di peringkat pusat,” katanya.

Beliau berkata, pelantikan Perdana Menteri berjawatan Naib Presiden adalah kali pertama berlaku dalam Umno.

“Jadi, apabila Naib Presiden jadi Perdana Menteri, Presiden uruskan parti. Dari setakat ini yang saya sebut Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri, manakala Datuk Seri Zahid Hamidi adalah Presiden parti,” katanya.

Mahdzir yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berharap tidak ada pihak yang mengadu domba sehingga menimbulkan pergolakan dalam Umno.

“Kita berada dalam satu rangka kerja menuju pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dengan Presiden komited menguruskan parti ketika Naib Presiden menjadi Perdana Menteri, jadi saya tak nampak ada sebarang masalah ketika ini,” katanya.

Dalam pada itu, Mahdzir menegaskan, sama ada Umno dan Barisan Nasional (BN) bertanding secara solo bagi berdepan kemungkinan satu lagi pilihan raya negeri (PRN) di Johor, akan diputuskan secara konsensus.

“Sama ada kita bertanding solo atau bersama rakan-rakan lain, itu akan ditentukan secara konsensus kepimpinan tertinggi parti. Sebagai Naib Presiden, saya tak berhak bercakap bagi pihak parti dan semuanya terpulang kepada kepimpinan peringkat pusat,” katanya.

Semalam, seorang lagi Naib Presiden Khaled Nordin, dalam hantaran Facebooknya, berkata Umno melalui BN akan bertanding solo dan tidak akan bekerjasama dengan mana-mana pihak yang tidak bersama BN.

“Melalui BN dominan dan kembali mentadbir, kita dapat kembalikan kestabilan dan kesejahteraan kepada rakyat,” katanya. FMT

Jangan adu domba, tak ada kelompok dalam Umno – Mahdzir


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Rupa-rupanya Kamal Adli

Resepi Crab Rangoon Viral Gila

Gerai nasi dagang tak menang tangan lepas viral, 2 jam ‘sold out’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker