Turki tukar nama baharu kepada Turkiye

Turki tukar nama baharu kepada Turkiye

Jabatan Komunikasi Pejabat Presidensi melancarkan kempen yang dinamakan sebagai “Hello Türkiye” agar pengunaan nama ‘Türkiye’ menggantikan Turki (Turkey dalam bahasa Inggeris) di peringkat nasional dan antarabangsa lebih berkesan.

Kempen yang dijalankan melalui media sosial itu bertujuan untuk menggunakan frasa “Türkiye” bagi mengelakkan warga asing daripada menggunakan nama negara itu dalam sebutan yang berbeza-beza menurut satu kenyataan oleh Pejabat Kaunselor Media di Kedutaan Turkiye di Kuala Lumpur.

Satu video promosi, disediakan sebagai sebahagian usaha mengukuhkan jenama Türkiye, yang dikongsi di akaun media sosial Jabatan Komunikasi.

Video promosi itu memaparkan pelancong asing di pelbagai bandar dan negeri di Türkiye berkongsi mesej mereka dengan menyebut “Hello Türkiye” dalam pelbagai dialek.

Video itu tular di banyak negara setelah dikongsi oleh pempengaruh (influencer) media sosial antarabangsa dengan mengunakan tanda pagar #HelloTürkiye, tambah kenyataan itu.

Pengarah Jabatan Komunikasi Pejabat Presidensi Fahrettin Altun berkata Türkiye mengukuhkan identitinya dalam bidang bahasa dan komunikasi, serta pelbagai bidang lain.

“Adalah sangat penting bagi setiap segmen masyarakat kita untuk menunjukkan kepekaan dan sokongan terhadap kempen ini. Penting bagi institusi awam, NGO, ahli akademik, akhbar menggunakan dan menyebut nama negara kita sebagai “Türkiye” dalam kajian mereka, surat-menyurat, aktiviti dan acara yang mereka hadiri.

“Kita boleh mengukuhkan lagi jenama Türkiye di seluruh dunia bersama-sama,” kata Altun menurut kenyataan itu.

Beliau berkata Pejabat Jenama Türkiye juga akan ditubuhkan untuk mengukuhkan jenama itu, yang akan bekerjasama dengan sektor swasta serta institusi dan organisasi awam untuk mengukuhkan identiti jenama global Türkiye, dan menyumbang kepada pembangunan imej negara serta nilai jenamanya.

Presiden Türkiye Recep Tayyip Erdogan pada Disember lalu mengeluarkan pekeliling yang menyebut hanya penggunaan frasa “Türkiye” akan digunakan apabila merujuk kepada nama negara di pentas antarabangsa, dan mengatakan ia merupakan langkah penting ke arah memastikan penyatuan dan pengukuhan jenama Türkiye di peringkat global. MG

Turki tukar nama baharu kepada Turkiye


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Rupa-rupanya Kamal Adli

Resepi Crab Rangoon Viral Gila

Gerai nasi dagang tak menang tangan lepas viral, 2 jam ‘sold out’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker