Mandi Jenazah, Menteri Agama minta masjid tak ambil tindakan sendiri

Perbuatan orang ramai termasuk pengurusan masjid yang mengambil sebarang bentuk hukuman kepada individu disyaki mencuri adalah amat tidak wajar, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad.

Idris berkata, meskipun perbuatan mencuri atas apa alasan sekalipun adalah dilarang oleh agama, namun perkara seumpama itu sepatutnya diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

“Saya juga ingin menasihatkan orang ramai termasuk pihak pengurusan masjid agar tidak terjebak dengan sentimen tertentu atau cuba mengambil tindakan sendirian sehingga boleh menyebabkan kezaliman kepada orang yang disyaki,” katanya dalam kenyataan.

Idris berkata demikian mengulas mengenai isu tular melibatkan seorang remaja yang disyaki mencuri di sebuah masjid baru-baru ini.

Media sebelum ini melaporkan, video selama satu minit 25 saat memaparkan tindakan jemaah masjid memandikan lelaki itu seperti jenazah termasuk dilumurkan dengan kapur barus kerana mencuri tabung masjid.

Lelaki terbabit dijatuhi hukuman penjara 10 hari dan didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang di Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut, Idris berkata perbuatan merakam gambar orang yang disyaki bagi tujuan sebaran awam juga adalah merupakan satu perkara yang amat tidak wajar.

Oleh demikian, Idris menyeru masyarakat supaya sentiasa cakna terhadap anggota kejiranan dan turut mengambil peranan dalam mencegah masalah sosial yang berlaku di sekeliling mengikut peranan masing-masing tanpa melampaui had.

“Semoga perkara ini menjadi pengajaran dan iktibar kepada kita semua dalam menyantuni masyarakat di sekeliling kita,” ujarnya.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rupa-rupanya Kamal Adli

Resepi Crab Rangoon Viral Gila

Gerai nasi dagang tak menang tangan lepas viral, 2 jam ‘sold out’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker