Toyota Corolla Cross Hybrid Electric dilancarkan pada harga RM136,550

Toyota Corolla Cross Hybrid Electric dilancarkan pada harga RM136,550

UMW Toyota Motor telah melancarkan model kenderaan utility sukan (SUV) Corolla Cross Hybrid Electric pada harga jualan bermula RM136,550 malam ini.

Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran. K, Toyota Corolla Cross Hybrid Electric boleh didapati dalam lima warna seperti kelabu, perak, biru, putih mutiara dan merah.



Katanya, pelancaran model itu sebagai sebahagian daripada inisiatif global untuk mencapai keneutralan karbon menjelang 2050.

“Memandangkan rakyat Malaysia sememangnya menantikan ketibaan Kenderaan Elektrik Hibrid (HEV) era baharu untuk pengalaman memandu yang lebih mesra alam Toyota Corolla Cross Hybrid Electric merupakan satu lagi mercu jaya yang boleh dibanggakan dalam sejarah syarikat pengeluar kereta ini.

“Pelancaran ini menandakan pencapaian penting baharu bagi UMW Toyota Motor sebagai kenderaan hibrid pertama yang dipasang di dalam negara berlandaskan platform Seni Bina Global Baharu Toyota (TNGA),” katanya.



Tambahnya, sejak tempahan model itu dibuka pada Oktober tahun lepas pihaknya telah menerima banyak pesanan.

“Ini jelas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia menyokong teknologi hijau dan kelestarian alam sekitar, dan kami yakin bahawa kami akan menjadikan EEV sebagai pengangkutan arus perdana dalam tempoh terdekat,” tambahnya.

Setiap pembelian dilengkapi dengan waranti kilang lima tahun tanpa had perbatuan dan waranti pek bateri hibrid, inverter dan Unit Kawalan Pengurusan Kuasa selama lapan tahun tanpa had perbatuan.

Tempahan boleh dibuat mulai hari ini di mana-mana wakil penjual sah Toyota atau bilik pameran cawangan UMW Toyota Motor di seluruh negara. K Online



Toyota Corolla Cross Hybrid Electric dilancarkan pada harga RM136,550


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Rupa-rupanya Kamal Adli



Resepi Crab Rangoon Viral Gila

Gerai nasi dagang tak menang tangan lepas viral, 2 jam ‘sold out’



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker