Kanye West tumbuk peminat minta autograf

Kanye West tumbuk peminat minta autograf

LOS ANGELES, CALIFORNIA – Penyanyi rap Amerika Syarikat (AS), Kanye West disiasat oleh pihak polis setelah didakwa menumbuk seorang peminat yang ingin meminta autografnya, lapor akhbar The Sun semalam.

Penguatkuasa undang-undang memberitahu laman berita TMZ mengenai kejadian yang berlaku pada pukul 7 malam (waktu tempatan) melibatkan penyanyi berusia 44 itu.

Insiden dikatakan berlaku di Gudang Soho di kawasan pusat perniagaan Los Angeles.

Menurut sumber, seorang peminat dikatakan pergi ke kereta milik Kanye West untuk meminta autografnya.

Mereka dikatakan berbual seketika sebelum Kanye bertindak keluar dari keretanya lalu menumbuk peminat tersebut yang rebah ke tanah.

Kes sedang disiasat atas salah laku kecil yang membawa kepada hukuman penjara sehingga enam bulan.

Kejadian itu sempat dirakam oleh peminat tersebut menggunakan telefonnya.

“Kanye West didakwa atas salah laku kecil, tiada tangkapan dibuat dan tiada butiran lanjut,” jelas seorang jurucakap Pejabat Polis Los Angeles (LAPD) kepada The Sun. K Online

Kanye West tumbuk peminat minta autograf


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Rupa-rupanya Kamal Adli

Resepi Crab Rangoon Viral Gila

Gerai nasi dagang tak menang tangan lepas viral, 2 jam ‘sold out’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker