Pakar kata serangan jantung tak kira usia, berkait gaya hidup dan pemakanan

PETALING JAYA: Seorang pakar kesihatan mengakui statistik golongan muda yang menghidapi penyakit jantung semakin meningkat atas beberapa faktor dan antaranya perubahan gaya hidup lama kepada gaya hidup moden.

Doktor perubatan am, Dr Zubaidi Ahmad berkata golongan muda lingkungan umur bawah 40 tahun juga kini sudah menghidapi penyakit tiga serangkai iaitu darah tinggi, kolestrol dan kencing manis.

“Kalau kita lihat dari segi pemakanan itu sendiri tidak dinafikan bahawa kita sekarang banyak makan makanan yang bukan ‘real food’ atau makanan yang sebenar.



“Kita banyak makan makanan yang berproses yang mempunyai banyak karbohidrat atau karbohidrat berproses.

“Karbohidrat berproses ini membekalkan terlalu banyak gula sehingga tidak ada fiber, vitamin dan mineral di dalamnya,” katanya ketika dihubungi FMT.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kematian dalam kalangan orang yang aktif bersukan kerana sakit jantung.

Beberapa laporan media sebelum ini melaporkan terdapat individu yang sedang melakukan aktiviti sukan seperti berbasikal meninggal akibat serangan jantung.



Dalam pada itu, Zubaidi berkata masalah tidak cukup tidur dan rehat juga antara punca orang muda masa ini mengalami serangan jantung.

Katanya, kesukaran untuk tidur itu mungkin disebabkan pekerjaan atau mengalami gangguan tidur

Kata Zubaidi lagi, masalah tekanan atau stress juga boleh menyebabkan sakit jantung.

“Seseorang boleh mengalami tekanan di tempat kerja, hubungan bersama kawan, bersama pasangan dan terhadap persekitaran. Contohnya apabila pergi kerja jalan sesak, balik kerja juga jalan sesak dan sebagainya.



“Yang terakhir apabila mereka langsung tak melakukan sebarang aktiviti fizikal. Kalau kita lihat, WHO menggariskan sekurangnya 30 minit aktiviti fizikal yang sederhana. Maksudnya kita jalan dan bergerak. Kebanyakan kita hanya duduk sahaja tak gerak,” katanya.

3 punca serangan jantung

Zubaidi turut mengariskan tiga jenis punca penyakit jantung iaitu ‘myocardial infarction’, ‘cardiac arrest’ dan ‘myocarditis’.

Beliau berkata seseorang boleh mengalami myocardial infarction apabila ada sejarah mengalami penyakit tiga serangkai dan ia akan menyebabkan, saluran darah di jantung tersumbat.



“Pada tahap ini kebiasaannya pesakit akan merasa sakit pada dada dahulu dan selepas itu barulah dia mungkin akan ‘collapse’ atau tak sedarkan diri,” katanya.

Zubaidi berkata seseorang menghidapi ‘cardiac arrest’ pula apabila elektrik dalam jantung kita tiba-tiba berhenti dan selalunya ada risiko sendiri.

“Contohnya orang yang pernah alami serangan sakit jantung. Jadi alami kerosakan pada otot jantung sehingga menyebabkan perjalanan elektrik dalam jantung terganggu. Ia kebiasaannya berlaku dan selalu terjadi pada atlet dan pemain bola sepak yang jantung mereka berhenti tiba-tiba,” katanya.

Beliau berkata, bagi individu yang menghidapi ‘myocarditis’ pula, serangan berlaku apabila menghadapi keradangan pada otot jantung dan ia kebiasaannya disebabkan sama ada jangkitan virus atau toksik pada persekitaran.



“Jadi selalunya masalah ‘myocarditis’ ini kadang-kadang tidak tahu sebab keradangannya. Tetapi bila seseorang itu melakukan pekerjaan secara berterusan akan menyebabkan jantung akan berhenti berfungsi,” katanya.

Pakar kata serangan jantung tak kira usia, berkait gaya hidup dan pemakanan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Rupa-rupanya Kamal Adli

Resepi Crab Rangoon Viral Gila

Gerai nasi dagang tak menang tangan lepas viral, 2 jam ‘sold out’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker