Konon bantu dapatkan projek, lelaki ditahan tipu 6 kontraktor RM700,000

Konon bantu dapatkan projek, lelaki ditahan tipu 6 kontraktor RM700,000

KOTA KINABALU: Polis menahan seorang lelaki dipercayai menipu enam kontraktor membabitkan lebih RM700,000 selepas berjanji membantu mereka mendapatkan projek bernilai jutaan ringgit.

Kontrak itu dikatakan untuk penyelenggaraan lampu jalan di sekitar Sabah, selain pakej pembersihan taman dan pembinaan bangunan di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang.

Suspek dikatakan menjalankan operasi sejak awal tahun lalu, ditahan unit jenayah komersial Kota Kinabalu, pada 31 Dis.

Ketua Polis Kota Kinabalu Mohd Zaidi Abdullah, berkata enam ahli perniagaan terlibat telah membuat laporan polis terhadap suspek, antara September hingga Januari.

Katanya, siasatan awal menunjukkan suspek telah menawarkan projek sama kepada semua mangsanya.

“Suspek kemudian meminta kontraktor terbabit membayar sejumlah wang untuk mendapatkan tender projek berkenaan.”

Untuk meyakinkan mereka bahawa urusan itu tulen, Zaidi berkata, suspek memberikan surat tender, malah menyediakan cek sebagai kos bayaran untuk mangsa supaya boleh memulakan kerja-kerja projek berkenaan.

“Cuma, mangsa diarahkan tidak mendepositkan cek berkenaan sehingga diberi lampu hijau oleh suspek,” katanya.

“Sementara itu, suspek meminta bayaran lanjut daripada kontraktor berkenaan. Namun, selepas beberapa bulan menunggu mangsa akhirnya menyedari ditipu kerana tidak dapat menghubungi suspek.”

Katanya, suspek telah direman untuk membantu siasatan. FMT

Konon bantu dapatkan projek, lelaki ditahan tipu 6 kontraktor RM700,000


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Rupa-rupanya Kamal Adli

Resepi Crab Rangoon Viral Gila

Gerai nasi dagang tak menang tangan lepas viral, 2 jam ‘sold out’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker