Kalau nak ikut citarasa peribadi, bukalah parti sendiri – Annuar

Jangan guna parti untuk capai hajat sendiri – Annuar Musa

Setiausaha Agung Barisan Nasional, Tan Sri Annuar Musa menyelar sikap wakil rakyat yang menggunakan parti untuk mencapai hajat sendiri.

Dalam ciapan di laman Twitter, Annuar yang juga Ahli Parlimen BN Ketereh berkata, pihak yang mengutamakan kepentingan sendiri itu termasuk untuk menjadi calon dan Yang Berhormat.

Namun, katanya, apabila sudah terpilih ke jawatan tersebut makan keputusan parti dibelakangkan dan buat hal kononnya hak peribadi.



“Jika nak ikut citarasa peribadi,boleh buka parti sendiri atau jadi calon bebas.. berani?” Soal Menteri Wilayah Persekutuan itu.

Ciapan Annuar itu dipercayai merujuk kepada kenyataan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tan Sri Razaleigh Hamzah semalam yang menyifatkan kemunculannya bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sidang media semalam sebagai hak peribadi.

Ahli Parlimen Gua Musang itu ketika ditanya adakah beliau sanggup berdepan tindakan disiplin oleh partinya berkata, beliau boleh menyokong sesiapa sahaja yang diinginkannya.“Tindakan disiplin apa? Semua orang boleh sokong sesiapa sahaja yang mereka mahu,” katanya. MG

Kita dahagakan ‘pemimpin rakyat’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker