Bau Ketiak Penggemar Masakan Kari Kurang Menyenangkan? Kenapa Ya??
Bau Ketiak Penggemar Masakan Kari Kurang Menyenangkan? Kenapa Ya??
Kadangkala apabila penulis ke kedai mamak, maaflah – penulis perlu berdepan dengan satu situasi yang kurang menyenangkan.
Pelayan kedai yang mungkin sudah bertugas berjam-jam lamanya akan mempunyai bau badan yang kuat.
Itu bukan isu penuh yang ingin penulis bincangkan.
Ada kalanya selepas itu, apabila penulis terpaksa berdepan situasi serupa di kedai mamak lain pula – penulis mendapati wujud persamaan di antara bau badan pelayan-pelayan ini walaupun mereka jauh berbeza lokasi kerjanya.
Ini menimbulkan persoalan kepada penulis: kenapa bau badan mereka sama?
Adakah tabiat pemakanan mampu menentukan bau badan kita?
Tradisi pemakanan membentuk diri kita luar dan dalam
Sengaja kami gunakan contoh pelayan kedai mamak di atas, kerana kami yakin ramai di luar sana turut pernah mengalami situasi serupa.
Realitinya mungkin ada bermacam faktor luaran yang mempengaruhi persamaan bau dalam dua situasi berbeza.
Mungkin corak hidup yang mereka amalkan – terpaksa berkongsi bilik dengan ramai teman, meminimakan masa untuk menjaga kebersihan diri dan persekitaran, yang mendorong kepada kurangnya penekanan terhadap menjaga bau peluh badan.
Tetapi bau peluh mereka seakan-akan ‘berempah’ bukan?
Sebenarnya, menurut kajian saintifik memang wujud jenis bahan yang kita makan, memberikan pengaruh kepada bau badan kita.
Malangnya, kebanyakan bahan makanan tergolong dalam kategori ini – adalah bahan masakan kegemaran kita.
Dua bahan utama dibuktikan memberikan seseorang bau badan lebih kuat berbanding biasa adalah jintan dan biji halba, dua ramuan utama masakan kari yang menjadi kegemaran masyarakat kita. Selain itu bawang putih juga dikenalpasti antara penyebab utama bau badan – juga bahan utama masakan kita.
Selain ketiga-tiga rencah masakan yang cukup popular, sayur-sayuran seperti kobis, kobis bunga dan brokoli juga merupakan antara jenis sayuran yang mampu membuatkan badan anda jadi berbau – disebabkan kandungan sulfur dalam sayuran tersebut.
Betul ke penggemar daging merah lebih berbau badannya?
Dalam beberapa kajian yang dah dijalankan, didapati diet yang melebihkan pengambilan sayuran lain serta buah terbukti mempunyai bau yang lebih menyenangkan hidung, berbanding mereka yang gemar daging merah, telur dan makanan berlemak.
Satu kajian yang menarik perhatian penulis – cuba menjawab dakwaan segelintir masyarakat di India yang beragama Hindu mengkritik bau badan individu yang gemar memakan daging lembu sebagai lebih tengik; berbeza dengan komuniti Hindu yang mengamalkan pemakanan berasaskan sayuran sepenuhnya
Kajian terkawal dijalankan penyelidik University Charles, Republik Czech melibatkan dua kumpulan lelaki berbeza tabiat makanan berjaya menjawab dakwaan ini secara asasnya.
Penyelidik mendapati kumpulan peserta kajian yang yang tidak mengamalkan pemakanan daging dalam diet mereka selama 14 hari, mempunyai bau badan yang lebih sedap, lebih menarik serta kurang kuat berbanding yang mengambil daging…
Pendapat ini dibuat berdasarkan daripada purata maklum balas yang diambil 32 responden wanita yang setuju lelaki yang makan sayur lebih sedap bau badannya berbanding lelaki yang kuat makan daging
Kenapa makanan mempengaruhi bau badan kita?
Walaupun secara amnya kita ada idea asas tentang perpeluhan, tidak ramai sedar tubuh kita sebenarnya menjalani dua jenis perpeluhan berbeza setiap masa disebabkan kewujudan dua jenis kelenjar peluh berbeza pada tubuh.
Apabila suhu badan kita panas, sistem tubuh kita akan mula mengeluarkan peluh tidak berbau melalui kelenjar eccrine yang hanya merembeskan air.
Sementara itu satu lagi jenis kelenjar bernama kelenjar apocrine pula akan merembeskan bukan saja air bahkan bahan sisa seperti protein dan lipid hasil daripada tabiat pemakanan, ketika kita berada dalam situasi stres.
Kelenjar apocrine lebih banyak terdapat dibahagian yang berbulu, seperti ketiak dan kelangkang. Bagaimanapun, cecair yang terhasil daripada kelenjar ini juga sebenarnya tidak berbau.
Hanya apabila peluh tadi yang mengandungi protein dan lipid bertindak balas dengan bakteria yang ada di kawasan-kawasan sulit kita khasnya, pemecahan molekul protein dalam peluh itu akan menghasilkan bahan kompaun yang dinamakan sebagai thioalkohol
Bau kurang senang yang mampu kita hidu itu sebenarnya adalah bau thioalkohol yang terhasil, selepas proses pemecahan protein itu selesai.
Bergantung kepada tabiat pemakanan kita sama ada sarat dengan daging dan bawang atau bahan masakan yang kami sebutkan di atas, lebih banyaklah thioalkohol akan terhasil menghasilkan bau sulfur yang kurang disenangi.
Oleh sebab itulah mereka yang gemar lauk kari daging lembu akan mempunyai bau badan lebih kuat berbanding biasa kerana masakan kari daging lembu terkandung semua ramuan masakan yang lebih menggalakkan penghasilan thioalkohol berlaku, akibat tindak balas bakteria dengan peluh.
Lebih banyak ‘rempah’ dimakan, lebih berempahlah bau badan seseorang jika dia kurang menjaga kebersihan diri dengan lebih kerap.
Suka kari?Kerapkan mandi!-Iluminasi
Rujukan
- Diet quality and the attractiveness of male body odor
- The effect of meat consumption on body odor attractiveness
Bau Ketiak Penggemar Masakan Kari Kurang Menyenangkan? Kenapa Ya??
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik :
- Datuk remaja curi tabung masjid yang suruh lapor kepada polis
- Baby Shark catat 10 bilion tontonan
- Unboxing isteri: Amy mengaku salah tapi…..
- Puteri Balqis didoakan mati cepat
- Khairuddin digugur daripada AJK PAS setelah 2 bulan dilantik
- Annuar tak hadir mesyuarat, tapi beri kenyataan wakili MKT – Shahrir
- Pensyarah dipenjara selepas tukar gred peperiksaan dengan seks
- Biodata Artis Jasmine Suraya Chin. Profail dan Latar Belakang
- Banjir 31 Disember, kenapa Syed Saddiq turun 7 Januari? – Onn
- Abu Syafiq Dakwa Muhyiddin Yassin Tidak Divaksin Ketika Tunaikan Umrah
- Tukang Masak Dedah ‘Rahsia Besar’ Cara Masak Nasi Putih Sedap, Bukan Masak Begitu Saja
Layari Laman Facebook MYKMU</a