Lelaki Indonesia dibayar RM4 juta jual gambar swafoto sebagai NFT

Ghozali merakam gambar swafoto dirinya yang melihat ke arah skrin komputer setiap hari sejak 2017. – Twitter

JAKARTA – Seorang lelaki dari Indonesia tidak menyangka koleksi swafoto dirinya yang dirakam di hadapan komputer sejak lima tahun lalu boleh menjadikannya jutawan segera selepas ia dijual sebagai token digital tidak boleh ditiru atau ditukar ganti (NFT) pada harga AS$1 juta (RM4.1 juta), lapor portal Coconuts semalam.

Ghozali, 22, yang menggunakan akaun nama @Ghozali_Ghozalu pada platform dagangan NFT, OpenSea, merakam gambar swafoto dirinya yang melihat ke arah skrin komputer setiap hari sejak 2017.

Baru-baru ini, sejumlah besar imej swafoto itu dijual sebagai NFT di bawah koleksi ‘Ghozali Everyday’ di OpenSea.

Bagi membeli gambar swafoto tersebut sebagai aset digital ekskslusif, pembeli perlu menggunakan sekurang-kurangnya 0.345 mata wang kripto Ethereum, atau bersamaan dengan AS$1,155 (RM4,826).



Setakat berita ini ditulis, beratus-ratus imej swafoto Ghozali telah dibeli dan didagangkan dengan jumlah dagangan keseluruhan mencecah 293 mata wang Ethereum atau AS$986,485 (RM4.1 juta).

Ghozali dalam satu ciapan di Twitter berkata, dia tidak menyangka bahawa imej-imej swafoto dirinya akan terjual pada harga mencecah jutaan dolar.

“Tujuan asal saya merakam gambar swafoto selama lima tahun adalah untuk menyunting video ini (merujuk kepada video yang dimuat naik).

“Saya berharap dapat menghabiskan pengajian di kolej pada tahun ini dan merakam gambar graduasi pula,” katanya. – AGENSI



Lelaki Indonesia dibayar RM4 juta jual gambar swafoto sebagai NFT


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Abu Syafiq minta Idris siasat Tuan Ibrahim dulu



Kau Sorok Celah *** Mak Kau Ke? – Diva AA Bengang Nasi Lemak KFC Tiada Ikan Bilis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker